Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luar negara. Papar semua catatan

Isnin, Februari 25, 2013

BEGIN AGAIN - THE PIANO GUYS

Oh, tidak tidak tidak.

Saya tidak mendengarnya kerana Taylor Swift (Ya, Taylor Swift penyanyi asalnya). Tetapi, saya mendengar dan menontonnya kerana The Piano Guys. Untuk beberapa ketika, kumpulan ini teleh menghasilkan muzik-muzik yang sangat hebat untuk didengar di waktu senggang (kebanyakannya bercorak 'cover'). Malah, saya mendengarnya ketika membuat kerja di pejabat (guna 'earphone').


Gabungan piano dan cello itu amat mencengkam jiwa. Ya, siapa yang tidak sukakan muzik yang memberikan ketenangan. Sesetengah orang memilih muzik yang kasar dan kedengaran seperti membentak-bentak demi mengeluarkan rasa berat di dada dan rasa sesak di jiwa. Pada masa yang sama, ada yang memilih untuk membiarkan rasa berat dan sesak itu dibawa 'angin tenang' dari muzik yang damai. Umpama dedaunan kering yang jatuh ke dalam anak sungai dan hanyut dibawa arus tenang.

Steven Sharp Nelson (Cello) dan John Schmidt (Piano) adalah tunggak utama kumpulan ini. Dan mereka dibantu dengan kru produksi yang hebat dan profesional untuk menghasilkan video muzik yang cantik dan hebat.


Menariknya, ada di antara video muzik yang mereka hasilkan lebih menarik (mengikut pandangan masing-masing) daripada muzik yang asal atau penyanyi yang asal. Ya, saya kira mereka berjaya menterjemah kata-kata atau lirik ke dalam bentuk gesekan cello dan bunyian piano yang asyik itu. Malah, ada pula cubaan-cubaan berani mereka untuk menghasilkan sesuatu yang 'agak berbeza' dan unik.


Ya, What Makes You Beautiful tampak lebih menarik dengan muzik yang mereka hasilkan berbanding dengan nyanyian asal kumpulan budak-budak muda berbibir merah itu (One Direction).

Emm...ada rasa nak ketuk-ketuk meja semasa mendengar lagu What Makes You Beautiful itu...? Hehehe.

Menarik juga pada saya apabila kesemua video mereka ini dihasilkan dengan menggunakan kamera DSLR (saya tak tahu jenis apa) dan teknik suntingan yang hebat. Hasilnya, kesemuanya adalah video yang kelihatan cantik dari segi warna, audio dan kualitinya (kalau di YouTube boleh mencapai resolusi sehingga 1080p).

Ya, di bawah ini adalah video Q&A mereka. 


Kesimpulannya, kumpulan ini bukanlah kumpulan muzik yang bernaung di bawah satu syarikat penerbitan album muzik yang gah dan besar (saya rasa kalau mereka berbuat begitu nescaya keaslian mereka akan hilang sepenuhnya dek kerana mainan kapitalis barat yang mengaut keuntungan hasil kreativiti orang lain), tetapi mereka berusaha sedaya upaya untuk memberi sesuatu kepada masyarakat dunia di luar sana, iaitu muzik yang baik untuk didengar dan berupaya memberi sedikit ketenangan di jiwa.

Mereka memainkan alat muzik mereka dengan penuh perasaan dan keterujaan. Seolah-olah mereka sedang 'melangkah masuk ke alam lain' saat mereka memainkan muzik mereka (walaupun kita tahu mereka melalui proses yang sukar dan kadangkala melucukan). Walaupun begitu, ianya tetap menarik.

Ya, lebih menarik daripada lagu rancak yang diiringi dengan tarian terkinja-kinja yang entah dari mana itu. Hehehe. (ini pandangan peribadi saya).

Ahad, Februari 14, 2010

HINA LAGI

Tak lama dahulu di Denmark, sekarang ini di Norway.

Nabi Muhammad s.a.w dihina lagi. Kali ini babi pula.
Aduhai, kasihan sekali kekasihku itu dihina sedemikian rupa, hanya kerana baginda membawa kebenaran yang pasti.

Biasalah, bak kata orang Melayu, kebenaran itu banyaknya pahit untuk ditelan bagi mereka yang buta hati.

Lebih malang lagi, umat baginda sendiri pun ada yang menghina baginda dan sunnah baginda. Entah apalah kena dengan kepala otak mereka itu sehinggakan sampai hati menghina nabi. Nak kata mereka itu cucu cicit Abu Jahal, bukan pula. Nak kata mereka itu saki baki penduduk taif, pun bukan juga.

Nabi Muhammad s.a.w akan terus dibenci musuh-musuhnya...
Dan kita ?
Apa peranan kita ?
Duduk dan tengok sahajakah ?

Doa ?
Sudahkah kita berdoa semoga kemuliaan baginda terpelihara ?
Sudahkah kita berdoa semoga kesucian agama kita terpelihara ?

Belum...???
Segerakanlah...
Tidak ada ruginya...

Khamis, Januari 08, 2009

KALI INI SEKOLAH...

Kurang ajar !

Itulah kalimat yang paling sesuai diungkapkan kepada Israel apabila mereka mengebom sekolah PBB yang menyebabkan angka korban seramai 48 orang.

Ya Tuhan, bala apakah ini ?

Adakah kerana kami umat Islam ini tidak bersatu, lalu Engkau menurunkan bencana seperti ini ?

Ya Tuhan,

Ampunilah dosa kami andai kami terleka dan lalai.

Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

Dan rahmatilah pejuang-pejuang kami yang sanggup mati demi kesucian agama-Mu.

Kau satukanlah hati-hati kami...

Sabtu, Januari 03, 2009

DUNIA MENGUTUK...


Dunia terus mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan sekalian isi-isi di dalamnya. Ramai manusia yang membawa sepanduk dan sebagainya dan berarak di kota-kota besar untuk menzahirkan kemarahan mereka ke atas Israel.

Dan saya tak fikir yang Israel akan peduli.

Selagi Amerika menjadi tulang belakangnya, selagi itulah mereka akan terus mengganas.

Selagi kita tidak bersatu, selagi itulah kita akan terus 'terhina'.

Sudah-sudahlah berbalah pasal sunni dan syiah.

Kita bersaudara.

Sepatutnya kita bersatu menentang musuh kita yang paling nyata.

ISRAEL.

Nak menunggu Nabi Isa a.s. turun membinasakan dajal ?