Tertegaklah kembali kebenaran tentang hari kebangkitan.
Di saat itu, tiadalah yang dapat melarikan diri daripada takdir yang telah ditetapkan.
Akan dihisab segala amal perbuatan.
Akan ditimbang antara yang baik dan yang buruk.
Kemudian, yang layak akan ke syurga.
kemudian, yang tidak layak akan dihumban ke dalam neraka.
Barangkali, semuanya itu akan bertitik tolak daripada wabak selesema babi ini.
Manusia sedang menuju kehancuran dan kemusnahan angkara perbuatannya sendiri.
Justeru, siapa yang zalim ? Manusia atau Tuhan ?
Tuhan menjadikan asbab kezaliman manusia terhadap diri mereka itu sendiri sehingga timbulnya segala macam perkara-perkara sial ini.
Oh, Tuhan.
Ampunilah kami yang selalu engkar dan lupa.
Selamatkanlah kami dari seksaan api neraka.
Nuffnang
Wednesday, April 29, 2009
WAHAN
Cintakan dunia...
Sehinggakan kita tidak mahu berpisah dengan dunia.
Ya, dunia menyajikan berbagai-bagai perkara yang luarnya kelihatan cantik, padahal dalamannya sama sekali kotor, jijik dan hina.
Itulah dunia.
Sengaja Tuhan menyediakan onak dan ranjau di dalam dunia ini agar manusia itu lebih faham tentang ketaatan kepada Yang Satu.
Wahan.
Satu penyakit yang merosakkan.
Ramai yang cuba menjauhinya seraya zuhud.

GADIS SENJA
Gadis...
Mimpimu kusut masai seperti sampah.
Malam...
Yang hening ini
engkau perlakukan
rumah kegelapan...
Aku nasihatkan kepadamu
Tak akan lama nikmat dapat kau reguk
Tak akan lama engkau dapat bertahan
Di dalam nista...
Ebiet G. Ade, Gadis Remang-remang.
Mimpimu kusut masai seperti sampah.
Malam...
Yang hening ini
engkau perlakukan
rumah kegelapan...
Aku nasihatkan kepadamu
Tak akan lama nikmat dapat kau reguk
Tak akan lama engkau dapat bertahan
Di dalam nista...
Ebiet G. Ade, Gadis Remang-remang.
'PENGHARGAAN' BUAT BOHSIA
Tahniah kerana berupaya memaparkan aksi-aksi biadap dan kurang ajar antara pelakon lelaki dan pelakon perempuan.
Tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa Malaysia juga berupaya menghasilkan filem seperti di barat - di mana isi filemnya ada babak yang tidak senonoh.
Tahniah kerana berjaya menyuntik unsur-unsur 'alah...semua ini hanya lakonan' di dalam filem ini sehinggakan si pelakon tidak kisah digomol begitu.
Apa lagi penghargaan yang boleh diberikan kepada filem ini ? Filem terbaikkah ?

Saturday, April 25, 2009
PENGISIAN SEMPENA HARI GURU 2009
Saya dengan senang hatinya mencadangkan agar stesyen TV tempatan kita sama ada yang percuma atau berbayar supaya dapat menyiarkan filem Laskar Pelangi sebagai satu wadah bagi kita untuk menghayati jasa seorang guru di pedalaman ataupun di bandar. Di samping itu, dapat juga kita menginsafi akan kesusahan anak-anak miskin yang sepatutnya memiliki hak yang sama bagi mendapatkan pendidikan, bukannya menjadi kuli.Ya, saya cuma mencadangkan.
Namun, alangkah baiknya jika ia dapat ditayangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)