Nuffnang

Monday, April 20, 2009

PASCA BERPERGIAN KE PESTA


En. Zulkifli Khair, penulis. Juga pensyarah saya yang baik dan lucu. Ada deria humor dalam dirinya.


Haha. Selalu hanya dapat melihat wajahnya dalam video dan kaca tv.


Bersama-sama dengan Ustaz Zamri. Siapa yang tak kenal ? Perrgghhh !!!

Kenangan.
Siapa yang tidak merindukan kenangan manis ?

Sunday, April 19, 2009

ANTARA MUKA

Sekian lama PENA MENULIS dengan antara mukanya yang ringkas itu, kali ini saya tukar pula kepada yang lain. Untuk sedap mata memandang, barangkali.

Kalau tidak sedap mata memandang, mungkin sekadar mengubah 'mood' penulisan, barangkali.

Kalau tidak mengubah 'mood' penulisan, mungkin sekadar suka-suka sahaja.

Barangkali.

DI SYURGA MENANTI

Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan agama,bangsa dan tanahair akan beroleh ganjaran di syurga kelak. Itu janji.

Mudah-mudahan penulis-penulis kita yang tabah dan tekun menyampaikan ilmu kepada masyarakat akan beroleh ganjaran itu. Insya Allah.


P/s: Dedikasi kepada Encik Zulkifli Khair.

Saturday, April 18, 2009

BALADA CINTA PANDANG PERTAMA

Siapa yang dapat melupakan cinta yang pertama.

Sungguhpun.

Cinta itu tidak berbalas.

Dan cinta-cinta kau yang seterusnya.

Pun. Tidak berbalas. Sama sekali.

Mungkin selepas ini kau akan mempertimbangkan untuk menukar seleramu kepada yang sama jenis.

Gay...?

Oh Tuhan...

Saturday, April 11, 2009

PBAKL 2009

Marilah kita bersama-sama memeriahkan pesta ini dengan niat untuk menggali ilmu pengetahuan. Sungguh, ada banyak ilmu pengetahuan yang sedang menanti kita. Ya, mungkin juga kita berpeluang untuk bertemu dengan penulis-penulis yang hebat di sana.

KETUA

Seorang ketua itu perlulah memiliki peribadi yang mulia. Paling utama, seorang ketua itu wajib sama sekali mentaati perintah Tuhan seraya mentaati ajaran agama. Dan apakah kewajipan yang telah ditetapkan ke atas kita ?

Menutup aurat dengan sempurna.

Tak susah. Melainkan mereka yang banyak alasan. Dan nabi sendiri mengakui akan hal manusia ini yang banyak alasan.