Cerita politik ni.
Kalau ikut bahasa orang kebanyakan macam kita.
Semuanya menjilat ludah sendiri.
Kau lebai tak lebai.
Sama sahaja.
Dulu tak sah. Sekarang sah.
Dulu haram sekarang halal.
Dalilnya apa tau ?
Hukum tu berubah mengikut kesesuaian semasa. Keh keh keh.
Lupa.
Dulu ke neraka. Sekarang sama-sama nak bertatih ke syurga.
Lupa.
Dulu saf depan ada imam. Di belakang dia buat satu lagi imam.
Lupa.
Janji matlamat politik tercapai.
Untuk mencapai matlamat politik, menjilat ludah sendiri adalah biasa.
Jangan risau.
Di dalam politik perkara itu tidak keji, ianya dinamakan pemurnian.
Keh keh keh.
Nuffnang
Thursday, September 12, 2019
Tuesday, September 03, 2019
CERITA BOIKOT
Baru-baru ini, ada sekumpulan orang yang menggerakkan usaha atau kempen mengutamakan produk Muslim@Melayu@Bumiputra. Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan dan galakan kepada para pembeli pengguna Muslim untuk berusaha mencari dan mendapatkan produk jualan yang diusahakan oleh peniaga Muslim terlebih dahulu.
Dalam ertikata yang lain, kita memilih keutamaan dalam membeli barangan di luar sana.
Usaha ini memang bagus. Bahkan saya sendiri ada dijemput oleh kawan saya untuk menyertai sebuah 'group' di FB yang menghimpunkan peniaga-peniaga Muslim untuk menguar-uarkan produk jualan mereka. Memang banyak. Kita aje yang ramai tidak tahu.
Dalam pada usaha ini bagus dan terpuji, ada juga masalahnya. Apa dia ? Masalah salah anggap pada konsep yang dicanangkan.
Sekarang ini, penggerak usaha ini bukan mengajar kita memboikot produk non-Muslim. Sebaliknya, mereka ini mengajar kita untuk meraikan lebih banyak produk hasilan peniaga Muslim dan memberi keutamaan kepada produk-produk Muslim dan bumiputra. Itu sahaja.
Gerakan ini kalau diikutkan langsung tak bercanggah dengan segala dasar kerajaan sedia ada. Malah, kita secara tidak langsung mengangkat kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Terang dan jelas di situ dengan sokongan terhadap produk bumiputra dan Muslim, kita mengangkat produk buatan Malaysia. Matematik yang mudah.
Jadi siapa yang membuat kenyataan bahawa kita ini sedang memboikot ?
Mereka@orang awam yang keliru dan celaru.
Mereka menyangka bahawa kita sedang mulakan gerakan memboikot atas dasar kita benci dan meluat dengan kelakuan mereka terhadap kita.
Orang-orang yang terlebih emosinya terhadap gerakan ini lebih selesa memilih perkataan boikot berbanding keutamaan.
Tetapi hal ini sama sekali tidak betul.
Perlu kita ketahui di sini bahawa untuk memulakan sesuatu gerakan yang bakal memberikan impak tinggi, ianya mesti tidak boleh berjalan seiring dengan perspektif negatif. Ianya mesti bergerak dalam skala kecil dahulu dan bersekali dengan impak positif. Pandangan negatif ini sekiranya datang daripada pihak luar, kita biarkan sahaja. Ia menjadi masalah apabila pandangan negatif itu datang daripada golongan sasaran kita sendiri.
Kerana apa ? Kerana mereka yang beria-ia menyokong gerakan itu sendiri hadir bersama-sama dengan pandangan negatif terhadap orang lain. Mereka mendukung gerakan dengan menghentam orang lain. Dalam hal perniagaan ini, untuk bangkit dan naik, kita mesti mengiktiraf yang telah sedia kuat terlebih dahulu kerana dari situ, kita akan mula mencari peluang dan ruang untuk menyelit dalam kekuatan mereka. Perkara seperti inilah yang dilakukan Sayyidina Usman dahulu ketika urusan jual beli telaga milik orang Yahudi.
Si Yahudi mengenakan harga yang sangat tinggi kepada orang untuk membeli airnya. Jadi tawaran Usman adalah untuk membeli dengan sejumlah harga tetapi dengan pemilikan berkala atau pemilikan bergilir. Dengan kebijaksanaan Usman r.a., pada hari dia memiliki telaga tersebut, sumber air tersebut diberikan dengan percuma kepada semua orang. Apabila tiba hari di mana Yahudi tersebut memilikinya pula, perniagaan airnya langsung tidak laku kerana kesemua pembeli telah mengambil cukup untuk simpanan mereka ketika si Yahudi itu memilikinya. Nah, ketika si Yahudi itu kuat, Saidina Usman r.a. menyelit dan menyertai kekuatannya namun dimurnikan dengan jalan keamanan Islam iaitu sedekah.
Jadi, kita patut buat begini. Sekiranya mereka jauh lebih mahir dari kita bab perniagaan, tidak jatuh hina taraf kita kalau kita ambil pelajaran dari mereka dan bangkit untuk bersaing sesama mereka. Boikot tidak membawa ke mana sebab yang kita boikot adalah perniagaan orang Malaysia sendiri. Itu bukanlah sesuatu yang betul-betul cerdik.
Kita tidak patut bawa bersama kebencian suku, bangsa dan etnik serta agama dalam perniagaan kerana perniagaan merentasi kesemuanya itu. Tinggal jujur dan amanah sahaja yang membezakan kejayaan perniagaan masing-masing. Oh ya, ditambah pula dengan khidmat pelanggan yang terbaik. Kita jangan nafikan ada daripada mereka yang kita benci itu jauh lebih baik kualiti perniagaannya dari kita. Daripada kita benci, benci dan benci, eloklah kita cari kekuatan kita daripada mereka dan kita angkat bersama dengan nilai-nilai Islam yang murni.
Ingat, kebencian tidak bawa kita ke mana-mana. Mahu berniaga, berniaga betul-betul. Jangan macam sesetengah kedai makan, minggu pertama saja yang sedap, lepas minggu pertama udang pun hanyir.

Subscribe to:
Posts (Atom)