Nuffnang

Jumaat, Oktober 23, 2026

APABILA KERAJAAN ARAHKAN KAKITANGAN AWAM GUNA 'TUJU'

Adalah tipikal di sebuah negara bernama Malaysia ini, di mana apabila ada saja aplikasi yang melibatkan kerajaan, kecenderungan untuk aplikasi itu mudah 'crash' adalah amat tinggi. Saya pernah cuba gunakan aplikasi bayaran parkir awam di Pekan Tampin. Ya Tuhanku, punyalah sakit hati. Nak log masuk pun bersimbah peluh. Punyalah susah. 

Ceritanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi Waze untuk keperluan tunjuk-arah kerana ada kaitan dengan isu keselamatan, sementelah pula kita semua tahu aplikasi itu sendiri berasal dari Israel, negara yang kita benci itu. Tetapi sunggu ironi rakyat Malaysia ini, yang dibenci itulah yang paling disukai. 

Tetapi.

Memang ia layak disukai pun. Antaramukanya yang mudah, stabil dan jarang kecundang di samping memenuhi keperluan pemanduan di negara kita ini, terutama darihal mengenalpasti potensi bahaya ketika memandu ataupun pemberitahuan mengenai kesesakan jalanraya yang boleh kita elakkan. Kita memang mahukan aplikasi sebegitu, dan Waze memenuhinya dengan baik sekali.

Dan tetapi.

Apabila isu keselamatan dibangkitkan, kita tidak boleh pandang enteng juga. Kerana berasa selamat adalah mahal di dalam sebuah dunia yang mudah diceroboh hanya melalui telefon pintar kita itu. Dan aplikasi Waze ini (menurut kerajaan) memiliki risiko itu, terutama dalam menjejak pergerakan pegawai-pegawai kerajaan oleh pihak musuh.

Paranoid?

Tidak juga. Paranoid tidak boleh digunapakai jika ia melibatkan Israel laknatullah. Memang kena ambilkira faktor itu kerana Mossad (seperti yang kita tahu) juga menggunapakai warganegara Malaysia dalam menyalurkan maklumat risikan kepada mereka untuk keperluan-keperluan tertentu.

Berbalik kepada penggunaan Waze tadi.

Apabila kerajaan mengambil keputusan begini, mereka mengarahkan pula kakitangan awam menggunakan aplikasi alternatif, terutamanya TUJU. Ya, ia dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada awalnya, saya secara peribadi juga merasa teruja dengan aplikasi ini. Mungkin ada sesuatu yang berbeza ditawarkan. Dan apabila ia menguar-uarkan kepada pengguna bahawa aplikasi ini turut memaparkan maklumat kesesakan lebuhraya secara nyata, saya kira ia tak jauh bezalah dengan Waze. Ia juga memaparkan kesesakan jalanraya, termasuk ceruk mana sekalipun sekiranya trafik tampak nyata bergerak perlahan atau 'stand still'.

Namun.

Semakin ramai yang konon mencuba-cuba menggunakan aplikasi Tuju ini berkongsi tentang isu-isu atau kita panggil 'bug' yang melingkari aplikasi ini dan sedikit sebanyak merencatkan juga usaha kakitangan awam yang hendak beralih arah secara drastik ini. Agaknya LLM sendiri terkejut apabila perkara ini berlaku dengan sebegitu cepat. Nak santai-santai, sekali berduyun orang mencuba aplikasi mereka, dan mulalah banyak masalah yang timbul.

Saya sendiri apabila cuba mencari lokasi tertentu (termasuklah rumah saya), aplikasi ini gagal menjumpainya. Apahal ? Peta jalanraya Malaysia belum masuk 100% ke apa ? Kalau ada lokasi yang dijumpai pula, apabila pengguna hendak memulakan perjalanan, aplikasi terus menunjukkan ralat yang aneh dan ia terus gagal menunjukkan arah yang tepat.

Jadi.

Bagaimana kerajaan melalui LLM hendak mengatasi masalah ini dengan segera? Kena belajar dengan Petronas. Tengok macam mana mereka bangunkan aplikasi Setel. Sangatlah bagus dan mesra pengguna, di samping fungsinya sebagai E-Wallet memudahkan lagi pengguna memindahkan wang ke dalam aplikasi itu bagi keperluan mengisi petrol.

Pembangun aplikasi Tuju perlu segera bertindak. Tak lama lagi cuti sekolah. Penjawat awam banyak nak bawa anak-anak bercuti nanti. Keh keh keh.

Tiada ulasan: