Nuffnang

Rabu, November 04, 2026

WAHAN

Baru-baru ini, sambutan Halloween berlangsung. Biasalah, adalah artis-artis kita ini, termasuk juga orang-orang awam yang beria-ia menyambutnya macam itu perayaan dia pula. Kemudian, datang teguran-teguran daripada mereka yang ahli dalam bidang agama bahawa hal itu adalah dilarang kerana sambutan itu adalah berakar dari agama Kristian. Dan tentulah, nabi kita telahpun lama melarang kita daripada menyambut perayaan mereka mahupun menyerupai mereka.

Tetapi, bila ditegur begini, ramai yang melenting. Kata agama kita jumudlah, kolotlah, ketinggalan zamanlah dan tidak meraikan kepelbagaian (kepala otak kau).

Beginilah ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Senang sahaja perkara ini.

Kalau anda semua meroyan bila ditegur sebegitu, itu bermakna hati anda sangat terpaut dengan duniawi. Itu sahaja. Tak payah sembang berbelit-belit di sana-sini kata itu ini konon terpaling harmoni mahupun menghormati. Menghormati dan harmoni itu bukan bermaksud kau ikut sekali merayakan, tetapi cukup sekadar kau biarkan mereka meraikannya tanpa kau ganggu atau kacau selagi tidak melanggar batas undang-undang.

Bila hati terlalu cinta pada dunia atau kita panggil wahan ini, semua benda jadi susah apabila melibatkan urusan agama atau ukhrawi ini. Semua serba tak kena.

Berbeza dengan orang yang jauh hatinya dari wahan.

Kalau datang satu orang alim yang menegur tentang kesilapan yang kau buat, kau akan ok sahaja dan tinggalkan.

"Ooo... salah ya menyambut perayaan ini. Saya ingatkan boleh. Ok saya tinggalkan."

Tak susah kalau kita buang wahan dari dalam hati kita.

Sebab ini semua duniawi yang boleh kita tinggalkan dari hati kita tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa.

Oh, nabi kita larang.

Tinggalkan.

Jadi kalau anda terasa susah benar hendak meninggalkan perkara sebegini dengan berbagai alasan, itu tandanya ada wahan dalam hati anda. 

Terlalu cintakan dunia.

Tiada ulasan: