Nuffnang

Wednesday, April 30, 2008

KESEDERHANAAN SEORANG PEMIMPIN

Sungguh saya terharu melihat kesederhanaan lelaki ini dalam menguruskan kehidupannya. Menagapalah pemimpin kita tidak seperti beliau ?
PhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket


Photobucket

Seorang pemimpin adalah hamba kepada rakyat. Dia mesti jaga hak rakyat. Dia mesti jaga kebajikan rakyat. Dia mesti jaga keharmonian masyarakat. Dia mesti jaga semua hal yang bersangkut-paut dengan rakyat. Harta kekayaannya adalah wang rakyat. Kereta mewahnya adalah duit rakyat. Rumah besarnya adalah wang rakyat. Pakaian mahalnya adalah wang rakyat. Segala kemudahan yang dinikmati seorang pemimpin adalah wang rakyat. Justeru, kita sememangnya kecewa apabila melihat pemimpin kita hidup mewah sedangkan ada rakyat yang hidup menderita. Ingatlah bahawa apabila ditanyakan orang akan istana khalifah Umar r.a., maka dipertunjukkan kepada mereka seorang lelaki yang sedang berehat di bawah sepohon kurma. Terkesima orang yang bertanya itu lantas mengagumi kesederhanaan Umar r.a sebagai pemimpin. Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah hidup mewah walaupun baginda boleh berbuat demikian. Justeru, apakah nilai seorang pemimpin ?

Kesederhanaan...

Bersederhana itu penawar...


Sunday, April 27, 2008

KERJA GRAFIK YANG MEMENATKAN

Masakan tidak, saya belum pernah terlibat dengan sebarang kerja grafik yang melibatkan amanah, kepercayaan dan tanggungjawab seperti ini. Malah saya sendiri tidak menyangka yang saya akan dilantik menjadi jurugrafik majalah tahunan sekolah saya.

Namun, diri sudahpun dilantik. Terpaksalah saya memikul amanah ini. Perbincangan diadakan dengan ketua editor dan guru penyelaras. "Huh, saya pun bukan tahu sangat fasal grafik ni." Demikian keluhan guru saya itu. Alamak, makin buntulah saya apabila ketua editor sendiri pun tidak tahu 'design' macam mana yang harus saya buat. Terpaksalah saya belek semula majalah tahun-tahun lepas yang masih tersimpan di dalam bilik kerja Tinta yang serba tidak lengkap itu.

"Awak ubah aje 'design' tahun lepas. Habis cerita. Lepas tu bubuhlah sedikit 'design' tambahan. Biar tak nampak sama dengan majalah tahun lepas." Demikian cadangan guru penyelaras. Molek juga. Sebab saya memang mati akal. Langsung tidak ada idea permulaan pun. Ketua editor senyap terus. Hanya menunggu saya memulakan kerja untuk 'dinilai'. Sebelum memulakan kerja, saya harus tahu adakah komputer yang disediakan pihak sekolah masih lagi dalam keadaan baik dan boleh berfungsi sepenuhnya. Nampaknya, serba-serbi kekurangan. Ada dua mesin pencetak yang disediakan. Satu pencetak berwarna dan satu lagi pencetak 'monochrome' sahaja. Paling mengecewakan, pencetak monochrome (amat penting untuk kerja-kerja grafik yang sering berubah-ubah 'design') tiada 'driver'. Tanpa driver, mustahil untuk saya ,menggunakan pencetak tersebut. Terpaksalah saya mencari dan muat turun dari internet.

Masih buntu.
Sudah dua hari masih tiada idea untuk mencipta 'design'. Lalu saya buka perisian MICROSOFT PUBLISHER 2003 dan cuba mereka 'design'. Untuk pengetahuan, saya telah mengubah 'design' sebanyak 10 kali sebelum mendapat 'design' yang dipersetujui guru penyelaras dan turut disokong oleh ketua editor yang tak tahu apa-apa fasal grafik. Punyalah seksa.

Hahaha. Nampak macam biasa. Tak ada apa-apa yang menarik. Memang pun. Tetapi, untuk orang yang memang tak tahu apa-apa fasal grafik, memperoleh hasil sebegini sudah dikira baik. Saya sudah mengukur agar semua maklumat boleh dimuatkan dengan baik di antara dua kolum besar itu. Pada mulanya saya agak risau jika 'design' ini terlampau besar. Tetapi, menurut guru penyelaras, pihak percetakan boleh mengecilkannya mengikut saiz sebenar majalah. Lega hati saya.

Seterusnya, saya tinggal mereka 'design' untuk muka surat wajib sesebuah majalah sekolah. Ketika ini, saya sudah boleh 'bermain' dengan perisian Microsoft Publisher setelah mengetahui kesemua fungsinya dengan baik.

Falsafah & matlamat sekolah


Kata alu-aluan
Photobucket

Dalam Majalah Tinta, sama seperti majalah-majalah sekolah yang lain, mempunyai bahagian-bahagian tertentu, seperti laporan khas, album kenangan , laporan badan beruniform dan lain-lain. Setiap satu 'design' untuk bahagian-bahagian ini saya rujuk majalah tahun 2006 sebagai contoh. Oleh itu, kerja saya lebih mudah. Cuma saya perlu pastikan saya tidak mereka 'design' yang sama. Ada yang saya siapkan di sekolah. Sering juga ponteng kelas. Minta maaf, cikgu. Ada pula yang saya siapkan di rumah. Sebenarnya, saya lebih banyak siapkan 'design' di rumah kerana komputer di rumah lebih laju berbanding di sekolah yang masih menggunakan Pentium Celeron. Anda juga tentu sedia maklum bahawa kerja grafik memerlukan komputer yang pantas.

Photobucket

Photobucket
Untuk 'design' gambar para guru SMKSI, saya menghadapi masalah. Masalahnya berpunca daripada buat kerja sambil lewa. Mana tidaknya, hampir semua gambar guru digunting tidak elok. Senget sana,senget sini. Bayangkan, guru ada 119 orang, semua gambar mereka rosak. Siapa yang gunting ? Tak payahlah saya beritahu. Akibatnya, terpaksalah saya dan jurufoto membetulkan kembali guntingan yang salah itu. Mana yang senget, cuba ditegakkan kembali. Mujurlah gambar guru tidak menjadi terlalu kecil apabila kami gunting semula. 'Design' gambar guru di bawah.

Photobucket

Kebiasaannya, ada ruang-ruang kosong yang terlebih untuk satu-satu muka surat. Untuk itu, ketua editor mengarahkan saya untuk meletakkan kata-kata hikmat atau 'quote' orang-orang terhormat sebagai pemenuh ruang.

Photobucket

Bagi 'design' Laporan Khas, saya hanya mereka 'design' yang ringkas sahaja. Tak perlulah lebih-lebih sangat. Biar ringkas, tetapi padat. Laporan Khas ini meliputi PIBG, Badan Pengawas, dan lain-lain.
Photobucket


Photobucket

Seterusnya, untuk bahagian Pencapaian Cemerlang Akademik dan Kokurikulum, saya dibantu oleh Guru Penyelaras Kokurikulum untuk mengatur entri pencapaian. Dimulai dengan pencapaian dalam peperiksaan dan barulah disudahi dengan pencapaian dalam kokurikulum.

Photobucket
Pada mulanya, saya tidak tahu bagaimana untuk mengisi graf. Oleh itu, jurugrafik untuk majalah Tinta 2006 sudi mengajar saya. Saya menggunakan Microsoft Excel 2003 untuk graf. Plotan graf sering tersasar. Banyak kali juga saya membetulkan kiraannya.

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Untuk bahagian Laporan Badan Berniform, Kelab dan Persatuan, 'design' saya hampir serupa dengan 'design' majalah tahun 2006. Cuma latar telapak tangan itu sahaja yang membezakan. Tambahan pula 'dateline' semakin dekat, terpaksalah saya segerakan kerja saya yang agak perlahan itu.

Photobucket

Photobucket


Ruangan Nukilan Karya Kreatif biasa sahaja. Cuma yang paling susah ialah untuk mengedit karya Bahasa Tamil. Bukannya apa, perisian untuk Bahasa Tamil tidak ada. Mujurlah guru yang menghantar karya itu sudah mencetak karya tersebut. Saya ambil langkah mudah. Saya 'scan' dan 'save' sebagai 'picture'. Lepas tu, tinggal 'copy' dan 'paste' sahajalah.

Photobucket

Photobucket

Oopss! Saya tertinggal bahagian Peristiwa 2007. Bahagian ini menempatkan gambar-gambar aktiviti rasmi sekolah yang diambil oleh guru fotografi sekolah dan juga jurufoto kami sendiri. 'Design'nya mudah sahaja, sebab 90% ruang muka surat akan digunakan untuk menampal gambar.

Photobucket

Bahagian yang paling digemari saya ialah Album Kenangan. Gambar-gambar kelas akan ditampal di bahagian ini. Tetapi. untuk pelajar Tingkatan Enam Atas, saya khususkan untuk satu bahagian. Saya sengaja letak slogan 'Selamat Maju Jaya'. Malah, pelajar tingkatan 6 atas juga ada bahagian khas di mana mereka perlu menghantar gambar masing-masing dan disertakan sekali alamat dan nombor telefon masing-masing. 'Design'nya agak sukar kerana saya perlu mencari saiz kotak yang paling sesuai untuk memastikan gambar dan maklumat itu dapat muat di dalamnya.

Biasalah, mesti ada masalah. Juga akibat kerja tidak teliti, maklumat pelajar yang diberikan dalam bentuk dokumen bertaip itu banyak kesilapan. Alamat orang itu bertukar dengan alamat orang ini. Ejaan nama yang salah, juga salah ejaan alamat dan nombor telefon yang salah. Semua ini hanya melambatkan tugas saya. Ketua editor marah sungguh dengan kerja wartawan ni. Akhirnya, saya menyuruh setiap wartawan pergi ke setiap kelas dan menyuruh semua pelajar mengisi nama mereka, alamat mereka dan nombor telefon mereka dengan semuanya huruf besar. Rupanya sebelum ini mereka wartawan sekadar menyalin dari buku kehadiran pelajar. Salin pula tidak teliti, memanglah boleh tersilap.

Album kenangan

Form 6 (2)

Form 6

Untuk bahagian iklan penaja majalah pula, saya berpandukan kepada 'design' majalah tahun lepas. Selepas itu saya menokok tambah sedikit supaya beza tahun 2007 itu ada.

Photobucket

Bahagian terkahir yang saya kerjakan ialah bahagian Sidang Redaksi. Bahagian perlu berhati, kerana ianya akan diletakkan di muka surat kedua serta dalam keadaan berwarna. Saiz kotak itu saya perlu sesuaikan dengan saiz gambar yang telah diambil. Alhamdulillah, semuanya muat dengan cantik sekali. Berkat bantuan ketua editor dan jurufoto.

Photobucket

Hasil untuk bahagian ini:

Photobucket

Akhir sekali, penghargaan perlu diberikan kepada pihak yang berkenaan.

Photobucket
Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Hasil kerja kami pun dihantar ke pusat percetakan New Ocean Printers & Co. Memang legalah. Namun, tanpa izin Allah s.w.t, mustahil kerja ini akan menjadi. Ilham untuk mereka bentuk 'design' juga datang daripada-Nya. Wajarlah saya bersyukur atas segala kurnia yang diberikan kepada saya dan sidang redaksi sepanjang proses penghasilan majalah ini. Ketua editor pun tersenyum puas. Lebih-lebih lagi guru penyelaras kami yang sentiasa risau kalau-kalau majalah tidak dapat disiapkan pada masanya.