Nuffnang

Wednesday, April 30, 2008

KESEDERHANAAN SEORANG PEMIMPIN

Sungguh saya terharu melihat kesederhanaan lelaki ini dalam menguruskan kehidupannya. Menagapalah pemimpin kita tidak seperti beliau ?
PhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket


Photobucket

Seorang pemimpin adalah hamba kepada rakyat. Dia mesti jaga hak rakyat. Dia mesti jaga kebajikan rakyat. Dia mesti jaga keharmonian masyarakat. Dia mesti jaga semua hal yang bersangkut-paut dengan rakyat. Harta kekayaannya adalah wang rakyat. Kereta mewahnya adalah duit rakyat. Rumah besarnya adalah wang rakyat. Pakaian mahalnya adalah wang rakyat. Segala kemudahan yang dinikmati seorang pemimpin adalah wang rakyat. Justeru, kita sememangnya kecewa apabila melihat pemimpin kita hidup mewah sedangkan ada rakyat yang hidup menderita. Ingatlah bahawa apabila ditanyakan orang akan istana khalifah Umar r.a., maka dipertunjukkan kepada mereka seorang lelaki yang sedang berehat di bawah sepohon kurma. Terkesima orang yang bertanya itu lantas mengagumi kesederhanaan Umar r.a sebagai pemimpin. Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah hidup mewah walaupun baginda boleh berbuat demikian. Justeru, apakah nilai seorang pemimpin ?

Kesederhanaan...

Bersederhana itu penawar...


2 comments:

Dyat said...

khalil gibran said,"for he who is moderate in announcing the truth is presenting half-truth. He conceals the other half out of fear of the people's wrath.”

nice blog =)

salam ziarah.

AKMAL_ALIF said...

Salam dyat...

Terima kasih.

Blog Fireworks dgn G-Eleven sungguh mengujakan. Kalaulah saya boleh menulis seperti itu.

Saya masih mentah. Baru nak bertatih dalam dunia blog. Itu pun tulis suka-suka aje. Nak tulis isu-isu besar, kena mantapkan ilmu pengetahuan dahulu, kan ?

Wassalam.