Nuffnang

Sunday, March 30, 2008

Sejenak Di Bandar Kecil...

Hati terasa senang apabila melalui bandar kecil Pontian. Ketiadaan kenderaan yang berasak-asak di jalanraya menyenangkan pemanduan penulis. Penulis ke Pontian kerana menghantar sahabat penulis ke rumah pak ciknya untuk menjaga emaknya yang sedang sakit. Dari Kulai, penulis melalui jalan kampung sebagai jalan pintas ke Pontian melepasi Kayu Ara Pasong. Kampung tersebut bernama Kampung Melayu Raya.

Sememangnya penulis senang hati melihat keadaan kampung yang tenang ini. Ingin sahaja penulis berhenti sebentar untuk menikmati keindahannya (sekian lama hidup di bandar, ketenangan kampung sememangnya menggamit perasaan). Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu tidak membosankan lantaran kami bercerita sepanjang perjalanan mengenai kampung tersebut.



"Janganlah ada pihak yang akan merosakkan ketenangan kampung ini", getus hati kecil penulis.

"Rumah pak cik aku tu kuarters guru". Sahabat penulis memberitahu tanpa diminta.

"Oh, aku ingatkan rumah dia rumah kampung".

"Kita kena lalu Kayu Ara Pasong".

"Suka hatilah. kau yang bawa kereta". Penulis memberikan jawapan ringkas. Penulis tak tahu jalan. Oleh itu, sahabat penulislah jadi pemandu sementara.

.........................................................................................................................................................................

"Dah sampai".

"Oh, aman saja tempat ni, eh?"

"Kuarters guru, sewajarnya aman. Tak stress kalau nak menanda buku sekolah atau sediakan soalan peperiksaan di rumah". Sahabat penulis menerangkan. Penulis tiada sebarang komentar.
Berada di rumah pak cik saudara sahabat penulis ini memang menyenangkan. Isterinya yang peramah membuatkan penulis tidak kekok berada di rumahnya. Tambahan pula anak kecilnya yang terlalu riang amat menggembirakan hati penulis. Matanya belolok. Rambutnya benar-benar kerinting. Bukan yang dibuat-buat.
"Anak kecil ini pasti seorang wanita yang cantik kelak", penulis meramal penuh pasti.


"Mudah-mudahan..."

Keadaan emak sahabat penulis nyata masih belum benar-benar sihat. Terlantar sahaja di atas kerusi malas. Luka jahitannya semakin bernanah.

"Nampak gayanya memang kena pergi ke hospital lagi sekali", sahabat penulis mengeluh, seolah-olah tidak berpuas hati. Penulis diam sahaja.

Emaknya mengalami jangkitan kuman pada ovarinya. Sebab itulah perlu dibedah.

"Aku ingatkan kalau dah bedah jadi baik. Tapi, makin teruk pulak", sekali lagi sahabat penulis mengeluh.

Penulis masih seperti tadi, diam sahaja.

.........................................................................................................................................................................

Penulis pulang berseorangan. Sahabat penulis tinggal di rumah pak ciknya untuk satu tempoh masa untuk menjaga emaknya.

Perjalanan yang santai. Namun, padah menimpa penulis apabila penulis asyik mendengar lagu di radio sehingga terlajak simpang. Nah, penulis sedang meneruskan perjalanan merentasi Pekan Nanas. Jalan yang jauh untuk pulang ke Kulai.

Hampir satu kilometer memandu, barulah penulis sedar yang penulis tersalah jalan.
"Astaghfirullah,"
"Tersilap jalan. Patutnya aku belok ke simpang kanan tadi."
Penulis berpatah balik. Namun, penulis sempat berhenti sekejap untuk mengambil gambar ladang nenas yang permai ini.
(Waktu itu hampir hujan)
Masuk ke simpang yang sepatutnya, penulis meneruskan perjalanan pulang. Pulang ke Kulai.





2 comments:

en_me said...

kampung melayu raya is my kampung.. thanx for singgah disana.. salamms ukhuwah..

AKMAL_ALIF said...

Owh...Begitu ye.
Secara kebetulan saje lalu di sana. Kampung yg cantik. :-)

Kalau ronda-ronda naik motor best tu.