Tertegaklah kembali kebenaran tentang hari kebangkitan.
Di saat itu, tiadalah yang dapat melarikan diri daripada takdir yang telah ditetapkan.
Akan dihisab segala amal perbuatan.
Akan ditimbang antara yang baik dan yang buruk.
Kemudian, yang layak akan ke syurga.
kemudian, yang tidak layak akan dihumban ke dalam neraka.
Barangkali, semuanya itu akan bertitik tolak daripada wabak selesema babi ini.
Manusia sedang menuju kehancuran dan kemusnahan angkara perbuatannya sendiri.
Justeru, siapa yang zalim ? Manusia atau Tuhan ?
Tuhan menjadikan asbab kezaliman manusia terhadap diri mereka itu sendiri sehingga timbulnya segala macam perkara-perkara sial ini.
Oh, Tuhan.
Ampunilah kami yang selalu engkar dan lupa.
Selamatkanlah kami dari seksaan api neraka.
Nuffnang
Wednesday, April 29, 2009
WAHAN
Cintakan dunia...
Sehinggakan kita tidak mahu berpisah dengan dunia.
Ya, dunia menyajikan berbagai-bagai perkara yang luarnya kelihatan cantik, padahal dalamannya sama sekali kotor, jijik dan hina.
Itulah dunia.
Sengaja Tuhan menyediakan onak dan ranjau di dalam dunia ini agar manusia itu lebih faham tentang ketaatan kepada Yang Satu.
Wahan.
Satu penyakit yang merosakkan.
Ramai yang cuba menjauhinya seraya zuhud.

GADIS SENJA
Gadis...
Mimpimu kusut masai seperti sampah.
Malam...
Yang hening ini
engkau perlakukan
rumah kegelapan...
Aku nasihatkan kepadamu
Tak akan lama nikmat dapat kau reguk
Tak akan lama engkau dapat bertahan
Di dalam nista...
Ebiet G. Ade, Gadis Remang-remang.
Mimpimu kusut masai seperti sampah.
Malam...
Yang hening ini
engkau perlakukan
rumah kegelapan...
Aku nasihatkan kepadamu
Tak akan lama nikmat dapat kau reguk
Tak akan lama engkau dapat bertahan
Di dalam nista...
Ebiet G. Ade, Gadis Remang-remang.
'PENGHARGAAN' BUAT BOHSIA
Tahniah kerana berupaya memaparkan aksi-aksi biadap dan kurang ajar antara pelakon lelaki dan pelakon perempuan.
Tahniah kerana berjaya membuktikan bahawa Malaysia juga berupaya menghasilkan filem seperti di barat - di mana isi filemnya ada babak yang tidak senonoh.
Tahniah kerana berjaya menyuntik unsur-unsur 'alah...semua ini hanya lakonan' di dalam filem ini sehinggakan si pelakon tidak kisah digomol begitu.
Apa lagi penghargaan yang boleh diberikan kepada filem ini ? Filem terbaikkah ?

Saturday, April 25, 2009
PENGISIAN SEMPENA HARI GURU 2009
Saya dengan senang hatinya mencadangkan agar stesyen TV tempatan kita sama ada yang percuma atau berbayar supaya dapat menyiarkan filem Laskar Pelangi sebagai satu wadah bagi kita untuk menghayati jasa seorang guru di pedalaman ataupun di bandar. Di samping itu, dapat juga kita menginsafi akan kesusahan anak-anak miskin yang sepatutnya memiliki hak yang sama bagi mendapatkan pendidikan, bukannya menjadi kuli.
Ya, saya cuma mencadangkan.
Namun, alangkah baiknya jika ia dapat ditayangkan.

SAHABAT KECIL
Baru saja berakhir
Hujan di sore ini
Mengisahkan keajaiban
Kilauan indahnya pelangi...
Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengagumi-Nya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa dibeli...
Bersamamu
Ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu...
Rasanya semua
Begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya...
Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah
Untuk hadapi
Mengisahkan keajaiban
Kilauan indahnya pelangi...
Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengagumi-Nya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa dibeli...
Bersamamu
Ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu...
Rasanya semua
Begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya...
Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah
Untuk hadapi
Hingga sedih tak mau datang lagi...
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini...
BALADA CINTA PANDANG KEEMPAT (TRIBUTE TO NIK SYAZWAN)
Ali Mohsin sedang malabuhkan punggungnya.
Khali sungguh jiwa ini.
Ibarat rumah yang terbiar kosong di kawasan pergunungan utara Iran.
Tehran masih bingit dengan kenderaan.
Berpusu-pusu masyarakatnya entah ke mana.
Ya, negara yang anti-Amerika ini merupakan tempat Ali berhenti seketika setelah berpergian jauh ke Turki untuk mencari erti cinta yang diagungkan oleh Jalaluddin Ar-Rumi.
Khabarnya, Siti Aisyah yang amat dipujanya dahulu ada di Iran. Bekerja di konsulat sebagai penterjemah.
Entahlah jika dia ke sana sekali lagi, adakah dia akan menjumpainya sekaligus menamatkan pencarian jodohnya yang sekian lama 'tergantung' itu ?
Senja di Tehran sungguh mendamaikan.
Sedamai jiwa yang kian memahami erti cinta.
Puasa sunatnya kian hampir ke penghujung...

Friday, April 24, 2009
ILHAM DARI SEBERANG
Jika Laskar Pelangi mewakili anak-anak kecil di Indonesia tentang hak mereka untuk mendapatkan pendidikan...
Bagaimana pula jika menghasilkan sebuah filem lain ?
Bagaimana jika ia mewakili anak-anak kecil kita yang tinggal di pedalaman serta tertindas dengan PPSMI ?
Hahaha.
Tak mungkin filem ini akan mendapat kelulusan.

PAK HARFAN (GURU LASKAR PELANGI)
LASKAR PELANGI - HADIAH DARI SERUMPUN
Seumpama hadiah yang berharga. Demikian saya dapat menyifatkan filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza. Ya, Laskar Pelangi merupakan filem tanah seberang. Kebelakangan ini, orang seberang sering 'menyerang' tanah kita dengan karya-karya yang hebat dan mengharukan. Laskar Pelangi ini salah satunya. Asalnya merupakan sebuah novel, dan kemudian diadaptasikan menjadi filem.
Jika di Malaysia, ramuan untuk menjadikan sebuah filem itu satu fenomena tentunya kena ada hero dan heroin yang tampan, cantik, segak dan bergaya. Kosmetik di dalam filem juga perlulah cantik. Kos produksinya tentulah perlu ada nilai juta-juta. Jika tidak, tidak dianggap sebagai sebuah filem yang hebat .
Laskar Pelangi dengan rendah dirinya tidak menawarkan semua itu. Laskar Pelangi cuma menawarkan 10 orang anak-anak miskin yang selekeh,comot,kulit berminyak dan tidak cukup serba-serbi serta lincah sebagai watak utama, dibantu pula dengan dua orang guru yang cekal semangat, Bu Muslimah dan Pak Harfan lakonan Cut Mini dan Ikranagara.
Apabila menonton Laskar Pelangi, segera teringatkan Tentang Bulan. Namun, Tentang Bulan gagal meraih penonton yang ramai untuk menonton dan pengkritik juga kurang berpuas hati dengan nilai yang ingin dibawa dalam filem sungguhpun dengan pendekatan humor. Berbeza sama sekali dengan Laskar Pelangi, nilai 'survival' anak-anak Belitung ini diolah dengan jaya dengan dialog yang kuat disulami dengan emosi pelakon yang mantap, walaupun anak-anak yang melakonkan watak laskar pelangi bersepuluh ini bukanlah pelakon yang sudah sedia mahir, sebaliknya anak-anak yang diterima untuk berlakon setelah diuji bakat. Hal inilah yang turut menyebabkan filem ini tampak istimewa.
Ceritanya bermula dengan anak-anak keluarga miskin yang hendak bersekolah di SD Muhammadiyah di Gantung. Namun, pihak berwajib telah menetapkan syarat. Sekiranya murid yang hendak belajar di situ tidak cukup seramai sekurang-kurangnya 10 orang, sekolah itu akan ditutup. Mujurlah di saat-saat Pak Harfan menyampaikan ucapan penutupnya, ada seorang budak yang istimewa menyelamatkan keadaan.
Dari situ, ceritanya berkembang dengan baik dan indah, disertai dengan latar Pulau Belitung yang cantik dan masih penuh dengan kehijauan. Emosi sedih, lucu silih berganti di dalam cerita, namun semuanya dijalin dengan baik oleh dialog yang mantap.
Antara dialog yang tidak boleh dilupakan ialah dialog antara Pak Harfan dan Pak Zul tentang sistem nilai di dalam pendidikan. Begitu juga dialog tentang warna rambut yang asalnya putih tetapi ditutupi seketika dengan warna hitam sehinggalah ia kembali putih oleh Lintang dan Ikal.
Ada banyak dialog yang mempersoalkan tentang nilai di dalam hidup manusia yang banyaknya kini disandari dengan nilai material semata-mata tanpa mempedulikan nilai kerohanian di dalam diri manusia. Riri Riza berjaya meletakkan dialog-dialog seperti itu pada tempat yang sesuai di dalam babak-babak tertentu.
Khabarnya filem ini adalah filem yang paling terlaris dalam sejara perfileman di Indonesia. Di samping ia mengetengahkan nilai-nilai murni, Laskar Pelangi juga mengulang kembali nostalgia hidup di dalam tahun 70-an yang memang menuntut jiwa 'survival' yang teramat tinggi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini, bolehlah melawat laman web utamanaya di sini.

Wednesday, April 22, 2009
BALADA CINTA PANDANG KETIGA
Engkau menyeluruhi wajahnya yang ayu itu.
Nak kata apa lagi ?
Engkau pun meluahkan apa yang terbuku di hati.
Tapi hanya dari jauh.
Bahkan dia sama sekali tidak mengetahui.
Engkau bukan tidak berani, tetapi malu.
Malu itu hasil daripada 'tangan' ayah dan ibumu yang melatihmu agar tidak menjadi lelaki yang begitu mudah melafaz cinta pada seorang gadis. Gadis yang baik, tentunya.
Biarlah dipendam cinta yang terbuku itu.
Jangan mejadi racun.
Jadikanlah ia sebagai penawar untuk ketenangan jiwa.

BALADA CINTA PANDANG KEDUA
Kalau kau tidak pernah suka kepada perempuan, memang kau ada masalah kecelaruan gender.
Orang kata cinta monyet itu seronok. Macam monyet. Seronok ke ?
Yang kedua itu dilihat lebih hebat daripada yang pertama.
Kadangkala kedua juga boleh mengalahkan yang pertama.
Biasanya bilakah keadaan ini berlaku ?
Bila 'anu' kau dah baik daripada 'bersunat'.

Tuesday, April 21, 2009
PERLAHAN-LAHAN ATAU LENGAH ?
"Aku tak peduli sama ada kau hendak berpakaian atau tidak saat kau duduk di rumah. Tetapi, tutuplah auratmu saat kau melangkah keluar dari rumah."
Siti kata berilah dia masa untuk beransur-ansur daripada memakai selendang saja kepada tudung litup.
Haha.
Sheila Rusly yang dahulunya lebih seksi daripada beliau pun tidak memerlukan masa yang lama untuk menukar imejnya. Kerana dia tahu selama ini dia telah melanggar perintah Tuhan.
Safura.
Siapa tidak kenal Safura ?
Dahulunya beliau juga seksi.
Namun, beliau juga akhirnya sedar.
Azizah Ariffin.
Juga sudah tahu tuntutan yang selama ini ditinggalkannya.
Engkau ?
Tak sudah-sudah menyuruh orang ramai bersabar.
Ataupun kau memang sengaja melengah-lengahkan keadaan.
Sehinggalah sampai satu masa nanti fitnah datang menyinggah hidup kau, barulah kau tahu betapa hukum Tuhan itu tidak boleh sama sekali dipermain-mainkan.

MALU
Orang yang tahu malu tidak akan melakukan perkara yang memalukan.
Orang yang tidak tahu malu pula akan melakukan perkara yang memalukan dirinya sendiri.
Malu itu sebahagian daripada iman.
Rasa malu menghalang daripada kita bergaul bebas.
Rasa malu menghalang kita daripada berbuat kejahatan.
Malu membentengi diri daripada melakukan dosa.
Itulah yang dikatakan malau sebahagian daripada iman.
Kalau malu-malu kucing ?

Monday, April 20, 2009
PASCA BERPERGIAN KE PESTA
Sunday, April 19, 2009
ANTARA MUKA
Sekian lama PENA MENULIS dengan antara mukanya yang ringkas itu, kali ini saya tukar pula kepada yang lain. Untuk sedap mata memandang, barangkali.
Kalau tidak sedap mata memandang, mungkin sekadar mengubah 'mood' penulisan, barangkali.
Kalau tidak mengubah 'mood' penulisan, mungkin sekadar suka-suka sahaja.
Barangkali.

DI SYURGA MENANTI
Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan agama,bangsa dan tanahair akan beroleh ganjaran di syurga kelak. Itu janji.
Mudah-mudahan penulis-penulis kita yang tabah dan tekun menyampaikan ilmu kepada masyarakat akan beroleh ganjaran itu. Insya Allah.
P/s: Dedikasi kepada Encik Zulkifli Khair.

Saturday, April 18, 2009
BALADA CINTA PANDANG PERTAMA
Siapa yang dapat melupakan cinta yang pertama.
Sungguhpun.
Cinta itu tidak berbalas.
Dan cinta-cinta kau yang seterusnya.
Pun. Tidak berbalas. Sama sekali.
Mungkin selepas ini kau akan mempertimbangkan untuk menukar seleramu kepada yang sama jenis.
Gay...?
Oh Tuhan...

Saturday, April 11, 2009
KETUA
Seorang ketua itu perlulah memiliki peribadi yang mulia. Paling utama, seorang ketua itu wajib sama sekali mentaati perintah Tuhan seraya mentaati ajaran agama. Dan apakah kewajipan yang telah ditetapkan ke atas kita ?
Menutup aurat dengan sempurna.
Tak susah. Melainkan mereka yang banyak alasan. Dan nabi sendiri mengakui akan hal manusia ini yang banyak alasan.

Subscribe to:
Posts (Atom)