Cuti yang panjang ini membuatkan ramai pelajar membuat keputusan untuk bekerja sambilan. Ada juga yang sengaja mencuba nasib untuk membuat latihan praktikal, meskipun tidak diwajibkan. Saya pula, dengan kemalasan dan beban peperiksaan yang baru saja terlerai membuatkan saya tidak berminat hendak membuat semua itu.
Tetapi, hendak duduk di rumah saja tanpa berbuat apa-apa pun membosankan juga. Justeru, sengaja saya berlegar-legar di ruang maya internet untuk mencari perkara-perkara yang boleh mendatangkan keuntungan jangka panjang kepada saya. Jadi, saya melawat beberapa laman iklan percuma. Nah, seperti biasa, hampir setiap iklan mengenai buat duit cara senang di internet dipaparkan. Ada yang perlu keluar modal hingga ratusan ringgit sebagai permulaan, dan ada juga yang sedikit, malah ada juga yang percuma terus.
Kebiasaannya, program yang memerlukan kita untuk mengeluarkan modal sehingga ratusan ringgit akan menyuruh kita menjual produk tertentu atau kita sendiri diberi Resell Right untuk menjualnya atas nama kita sendiri. Hal itu memerlukan kebijaksanaan promosi, pengiklanan dan sebagainya. Contohnya
Laporan Jutawan Mohd Nizam ini.
Ada juga program yang bercorak Affiliate, di mana kita seolah-olah menjadi agen jualan bagi satu-satu produk yang ditawarkan di internet. Kemudian, mereka akan membayar komisen kepada kita. Komisen ini tertakluk kepada tuan punya produk itu. Ada yang membayar kita dengan komisen yang agak tinggi sehingga RM100. Bayangkan sahaja kalau anda berjaya menjual produk tersebut sebanyak 100 dalam tempoh sebulan, berapa komisen yang anda akan peroleh ? Ya, RM10000 ! Oleh sebab itu, ramai juga kaki internet yang menjadi affiliate bagi banyak produk. Oh ya, hal ini juga memerlukan kesabaran dan kejujuran.
Contoh mudah laman bercorak affiliate adalah seperti
Laman Belajar Bahasa Arab ini. Apa yang menariknya mengenai laman Affiliate ini, kita seolah-olah sedang melatih diri sendiri untuk memasarkan sesuatu produk mengikut kreativiti sendiri dan paling penting, ianya dilakukan di internet. Mungkin juga kita boleh mengedarkan risalah di tempat-tempat tertentu atau pun mempromosikan secara terus kepada rakan-rakan terdekat kita ataupun ahli keluarga kita sendiri.
Pun begitu, ada satu kaedah buat duit cara senang yang amat menarik perhatian saya, iaitu Paid-To-Click. Dalam Bahasa Melayu mungkin kita boleh terjemahkan sebagai
klik dan dibayar. Ertinya program ini menyuruh kita mengklik iklan-iklan tertentu yang dipaparkan di dalam laman web mereka dan mereka akan membayar kita !
Begitu mudah ? Ya, begitu mudah.
Untuk pengetahuan, ada banyak sekali laman Paid-to-click yang didapati Scam ataupun penipuan sama sekali di mana kita hanya membuang masa mengklik namun satu sen pun tak ada. Kebiasaannya, laman itu tidak bertahan lama. Pun begitu, ada juga laman yang memang disahkan pembayaran mereka kepada kita. Ada program yang membayar kita dalam tempoh beberapa hari atau minggu dan ada juga yang 'instant payment' atau pembayaran segera. Maknanya, anda klik butang 'request payout', duit tersebut akan terus masuk ke dalam akaun anda.
Oleh kerana itu, saya mengambil langkah untuk mencuba program ini memandangkan saya tidak perlu membayar satu sen pun sebagai permulaan (ya, program ini percuma). Dua laman web Paid-To-Click yang telah disahkan banyak pihak sebagai jujur dan memang terbukti membayar pelanggannya, iaitu
Bux.To dan juga Neobux. Perkataan 'Bux' itu barangkali berakar umbi daripada perkataan 'bucks' yang bermaksud duit. Saya merujuk laman Youtube dan beberapa laman web lain untuk memastikan kesahihan dua program ini dan ternyata dua laman inilah yang paling dipercayai oleh para pengiklan (advertisers) dan juga para pengklik (members).
Di atas merupakan antaramuka laman
Bux.To yang saya sertai. Di situ dengan jelas dipaparkan jumlah laman iklan (ads) yang telah saya klik dan memperoleh bayaran daripadanya. Suka diingatkan di sini, bayarannya adalah dalam matawang USD.
Ini pula merupakan iklan-iklan yang telah saya klik. Perhatikan garisan merah itu. Itu tandanya iklan tersebut telahpun diklik dan tidak boleh diklik untuk kali kedua. Untuk Standard Member seperti saya, iklannya hanya sedikit sahaja. Pun begitu, tetap mendatangkan hasil. Ini belum kira anda naik taraf keahlian anda kepada Premium Member di mana iklan-iklan untuk diklik lebih banyak dan jumlah bayaran juga lebih tinggi.
Aha, gambar di atas menunjukkan iklan yang sudah dibaca. Perhatikan perkataan 'DONE' di atas itu. Ertinya anda telahpun menerima komisen daripada iklan itu. Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Mudah kan ?
Tempoh pembayaran bagi program
Bux.To ini adalah sekitar 2-5 hari atau mungkin lebih, bergantung kepada sistem itu. Kita hanya perlu sabar menunggu (ya, apa-apa kerja pun mesti mahu sabar). Pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Alert Pay. Oh ya, oleh itu anda perlulah membuka satu akaun
Alert Pay yang percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa pun. Ianya merupakan sebuah akaun elektronik yang menyimpan duit kita di dalam internet bagi tujuan membeli-belah di pasaran luar negara dan sebagainya. Kemudian, duit itu kita boleh pindahkan ke dalam akaun bank kita di Malaysia seperti CIMB dan Maybank.
Program kedua yang saya ikuti ialah
Neobux. Neobux merupakan sebuah program yang amat dihormati kerana kepantasannya membayar kepada pelanggannya iaitu 'instant payments' ! Ertinya, anda minta duit anda dikeluarkan, terus ia masukkan ke dalam akun Alert Pay anda tanpa perlu menunggu beberapa hari. Mengikut laman forumnya, ada ahli yang mengeluarkan sebanyak USD2000 dalam satu masa. Bayangkan sahaja kalau ditukar ke matawang Malaysia. Fuh...
Di atas merupakan antaramuka akaun saya di
Neobux. Anda lihat saya baru dibayar beberapa sen sahaja kerana saya hanya masuk sebagai standard member sahaja dan beberapa kekurangan yang akan saya baiki dari hari ke hari.
Di atas pula merupakan iklan-iklan yang telah saya klik. Ya, di
Neobux hanya menyediakan 4 iklan sahaja dalam satu-satu masa. Pun begitu, kesabaran yang jitu akan membuahkan hasil yang luar biasa pada belakang hari. Namun, anda dapat iklan yang banyak jika anda naik taraf keahlian anda.
Baiklah, sistem seperti ini sememangnya berjalan dengan agak perlahan berbanding dengan satu program yang sekarang sedang hangat di Facebook iaitu
Log In Hari-Hari Dapat RM100 ataupun
Infinity Downline. Oleh sebab itu, diadakan sistem 'Referral'. Ha, bab ini yang jadi payah bagi orang yang malas macam saya ini. Hendak menyuruh orang menjadi referral kita umpama menjual pen dari rumah ke rumah. Di Bux.To, komisen yang dibayar untuk satu iklan ialah sekitar 0.01 sen.
Hah ??? Takkan banyak itu aje ?
Yelah. Namun, referral inilah yang akan membesarkan lagi jumlah itu menjangkau USD10 dalam sehari. Justeru, bagi mereka yang malas, ada disediakan pula perkhidmatan membeli referral di dalam kedua-dua program ini. Di Bux.To, pembelian referral adalah tetap dan mereka akan berada di 'bawah' kita sampai bila-bila. Sekiranya ada referral yang tidak aktif, sistem akan menukar ahli itu dengan ahli aktif yang lain pula.
Berbeza pula dengan
Neobux, ia menawarkan khidmat sewa referral di mana kita menyewa referral selama sebulan dengan bayaran tertentu. Oh ya, bayaran boleh dibuat dengan hasil yang telah kita kumpulkan. Nampak macam rugi, tapi rupa-rupanya tidak. Referral ini akan 'boost' 'income' kita. Referral bukanlah 'hamba' kita yang akan buat duit semata-mata untuk kita, bahkan mereka juga buat duit mereka sendiri dan silap-silap kalau mereka lebih rajin, mereka dapat lebih daripada kita.
Referral boleh disewa sama ada 3 orang, 5 orang dan seterusnya dengan jumlah bayaran tertentu. Pun begitu, ada strategi untuk membeli referral ini supaya kita tidak rugi. Strateginya akan saya sampaikan kepada yang berminat.
Berikut satu bukti mereka yang dah pun buat duit baik-baik di Neobux :
Jadi, kepada anda yang teringin hendak mencuba dengan serius di samping anda buat duit dengan Facebook, silakan mendaftar di laman ini. Dan saya akan 'guide' anda setakat apa yang saya tahu. Jika tidak, ada forum di laman-laman ini yang boleh membantu.
SELAMAT MENJANA WANG DENGAN SABAR...! :-)