Nuffnang

Saturday, January 31, 2009

TATKALA LETIH MENUNGGU

Menunggu adakalanya
Terasa mengasyikkan
Banyak waktu kita miliki
Untuk berfikir

Sendiri seringkali
Sangat kita perlukan
Meneropong masa silam
Yang telah terlewat

Mungkin ada
Apa yang kita cari
Masih tersembunyi
Di lipatan waktu yang tertinggal

Mungkin ada
Apa yang kita kejar
Justeru tak terjamah
Saat kita melintas

Menunggu lebih terasa
Beban yang membosankan
Banyak waktu kita terbuang
Tergilas cuaca

Sendiri seringkala
Sangat menyakitkan
Meneropong masa depan
Dari sisi yang gelap

Mungkin ada
Apa yang kita benci
Justeru telah menerkam
Menembusi seluruh jiwa kita

Memang seharusnya
Kita tak membuang semangat masa silam
Bermain dalam dada
Setelah usai
Menghantar kita
Tertatih-tatih sampai di sini...

Bahasa Langit, 2001.


Madah dan irama : Ebiet G. Ade



PUISI INDAH EBIET G.ADE

Lagu-lagu yang berunsur ketuhanan membuatkan saya amat menyenangi penyanyi Indonesia yang satu ini. Jikalau hendak dibandingkan dengan penyanyi di Malaysia, mungkin kita boleh bandingkannya dengan M.Nasir. Walaupun begitu, Jika M.Nasir mencipta lagu, terdapat juga penulis lirik lain yang menyumbangkan lirik mereka kepada lagu M.Nasir, terutamanya Allahyarham Loloq. Tetapi, penyanyi Indonesia yang bernama EBIET G. ADE ini mencipta lagunya sendiri 100% tanpa melibatkan penulis lirik yang lain.

Saya mula mengenali beliau ketika mendengarkan sebuah lagu yang berjudul BERITA KEPADA KAWAN. Beliau ketika itu berduet dengan M.nasir saat M.Nasir mengadakan konsert MANIFESTASI AKUSTIKA pada tahun 1995. Ketika itu Ebiet G. Ade diundang khas untuk mepersembahkan nyanyiannya yang merdu itu. Nyata gabungan mereka mantap dan berjaya. Saya tertanya-tanya siapakan penyanyi ini ? Lantas saya mencari maklumatnya di internet, dan saya dapat mengetahui perihal perjalanan seni beliau melalui sebuah laman web yang menawarkan lagu-lagu M.Nasir dan Ebiet G.Ade secara percuma tetapi tidak boleh dimuat turun. Nyata kembaranya panjang sejak dari dekad 80-an, sama seperti M.Nasir.

Saya menemui kelainan dalam lirik lagunya berbanding dengan penyanyi Indonesia yang lain yang kebanyakannya menyanyikan lagu-lagu cinta dan dangdut. Sebaliknya, Ebiet G. Ade memilih pendekatan lagu puisi dan lagunya pula lebih menjurus ke arah ketuhanan. Ada juga beliau menghasilkan lagu yang berunsur cinta tetapi dengan lirik yang lebih halus dan mendamaikan.

Apa yang menarik tentang Ebiet G. Ade ialah beliau tidak pernah menyanyi dalam keadaan berdiri, sebaliknya beliau lebih senang duduk sambil memetik gitarnya. Jadi, pesembahannya kelihatan santai dalam kehalusan seni.

Apa yang jelas, beliau menyanyikan lagu puisi. Dan puisi itu pula dialunkan dengan irama yang indah. Irama yang indah tetapi dengan lirik yang teruk, semestinya akan menghasilkan lagu yang buruk. Dan lirik yang terlalu memuja duniawi juga pasti akan mengundang kesan yang tidak elok kepada pendengar.

Saya masih mengagumi lagunya seperti Hidupku MilikMu, Mimpi-mimpi Yang Kandas, Tatkala Letih Menunggu, Cinta Sebening Embun, Aku Ingin Pulang.

Lagu AKU INGIN PULANG pernah menjadi 'background music' bagi sebuah iklan raya Petronas. Nyata ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi lagu ini. Sudah semestinya ramai anak muda tidak tahu akan kewujudan penyanyi ini lantaran seronok dengan lagu yang entah apa-apa. Tambahan pula, Ebiet G. Ade ini memulakan perjalanan seninya bukan dengan cara yang popular seperti menyertai program realiti TV dan sebagainya.

Sesunguhnya, Ebiet G. Ade merupakan salah satu penyanyi di nusantara ini yang tidak menggunakan suaranya untuk menyanyikan lagu yang sia-sia dan langsung tidak membawa sebarang nasihat yang baik, apatah lagi dengan bahasa yang bukan-bukan. Bahkan, beliau sentiasa memastikan yang bahasa lagunya itu baik dan mendatangkan manfaat kepada pendengarnya.

Monday, January 26, 2009

LASKAR PELANGI - UNTUK ANAK-ANAK DUNIA

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa





Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita


Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang Kuasa
Cinta kita dunia
Selamanya
Selamanya...

*
Untuk anak-anak dunia...kejarlah mimpi anda. Suburkanlah dunia ini kembali dengan tawa riang kalian. Maafkanlah kami sang dewasa yang sering mengabaikan kamu semua. Semoga Tuhan merahmati.


Thursday, January 08, 2009

KALI INI SEKOLAH...

Kurang ajar !

Itulah kalimat yang paling sesuai diungkapkan kepada Israel apabila mereka mengebom sekolah PBB yang menyebabkan angka korban seramai 48 orang.

Ya Tuhan, bala apakah ini ?

Adakah kerana kami umat Islam ini tidak bersatu, lalu Engkau menurunkan bencana seperti ini ?

Ya Tuhan,

Ampunilah dosa kami andai kami terleka dan lalai.

Hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

Dan rahmatilah pejuang-pejuang kami yang sanggup mati demi kesucian agama-Mu.

Kau satukanlah hati-hati kami...

Wednesday, January 07, 2009

MENGAMBIL KEMBALI

Dahulu, Muhammad s.a.w dan sekalian orang Islam 'mengambil' kembali Makkah daripada kekotoran, kehinaan dan kejahilan.

Dibersihkannya Kaabah daripada berhala-berhala.

Itu dahulu. Lama dahulu.

Apakah mungkin, perkara yang sama, berlaku kepada Palestin ?

Di mana kita umat Islam akan mengambil kembali Palestin seluruhnya daripada kekejaman Israel ?

Boleh. Dengan izin Tuhan. Tetapi, umat Islam itu sendiri perlu kembali kepada Allah s.w.t terlebih dahulu.

Umat Islam itu sendiri mesti bersatu.

Kerana Allah amat membenci manusia yang suka bermusuh-musuhan. Apatah lagi sesama Muslim.

Dan kita juga memerlukan seorang pemimpin yang berani dan bijaksana untuk memimpin kita di medan perang.

Ahmadinejad misalnya ?
Mungkin juga Sheikh Hassan Nasrallah ?

Monday, January 05, 2009

BERMULALAH...

Serangan darat Israel pun bermula.

Dan ramailah nyawa yang terkorban.

Dan Hamas pun melawan. Syahidlah mereka di medan peperangan. Peperangan kini bukan seperti perang Badar yang dahulu. Perang sekarang amat payah. Begitu nabi mengajar kita tentang strategi peperangan. Janganlah kalian jadi sepertinya perang Uhud.

Allahu...Allahu...Allahu...

Allahu...Allahu...Allahu...

Hamas, juga Hezbullah, jika boleh. Bersatulah kalian menentang si jahanam itu. Saya di sini sama-sama mendoakan agar kehebatan mereka tewas dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Allah boleh sahaja membantu kalian dengan bala tentera-Nya yang hebat dan menggerunkan seperti mana Allah menghadirkan ribut dalam perang Khandak dahulu. Juga perang Badar di mana Allah utuskan beribu-ribu tentera malaikat membantu tentera Islam.

Pun begitu, janganlah kalian lupa berdoa kepada Allah. Itulah sehebat-hebat senjata mukmin.

Allahu...Allahu...Allahu...

Allahu...Allahu...Allahu...

Jangan mundur, bakal penghuni syurga. Dengan izin Tuhan.

Sunday, January 04, 2009

DI HADAPAN BAITULLAH




"Ya sahabat, inginkah kau jika ku bawakan kau ke sesuatu tempat ?"


"Tempat apakah itu ?"


"Tempat yang mulia. Sungguh mulia."


"Molek benar kiranya begitu. Tapi, di manakah tempatnya itu ?"


"Aku tahu benar akan hajatmu yang terlalu ingin pergi ke sana."


"Ke mana ?"


"Baitullah. Yang letaknya di dalam Masjidil Haram itu."


"Ya, benar sekali, ya tuan !!! Saya terlalu rindukan Baitullah yang mulia. Tapi, apakan daya, kekangan demi kekangan menghalang saya, tuan. Ayah dan ibu saya sudah selamat tiba di sana dan sudahpun pulang ke rumah. Saya ini bagaimana, tuan ? Apakah Tuhan masih mengizinkan saya pergi ke tanah kelahiran nabi kita yang agung itu ?"


"Ya, insya Allah Tuhan mengizinkan. Persoalannya, mahukah engkau ke sana sekarang ?"


"Sekarang, tuan ? Mustahil sama sekali."


"Tidak ada yang mustahil dengan kekuasaan Tuhanmu yang mengurniakan aku sedikit kelebihan."

"Apakah tuan seorang abid yang mulia ?"

"Sudah. Jika mahu, segera bertaut pada belakangku."


Aku pun segera bertaut pada belakangnya. Ya Tuhan, sungguh gagah lelaki ini. Bau badannya cukup wangi. Aku tidak tahu entah wangian apa ini.


"Sedia, sahabat ?"

"sedia."

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Tiba-tiba badannya terapung dan terus terbang laju ke awangan. Aku hanya mampu menutup mata lantaran terlalu takut.


Entah berapa lama, kakiku kembali jejak ke tanah. Terasa hangat.


"Sahabat, bukalah matamu. Kita sudah tiba."


Aku membuka mata.

Subhanallah,
Maha Suci Tuhan...

*Sebahagian daripada mimpi saya yang cukup indah. Ya Tuhan, sungguh aku merindukan tanah suciMu. Izinkanlah aku beribadat di sana biarpun seketika. Siapakah sahabat yang membawa saya itu ? Khabarnya malaikat. Tapi, entahlah. Tuhan lebih mengetahui.

Saturday, January 03, 2009

ALLAH LETAK DI KAKI ?

*Gambar diperoleh daripada pedulipalestina.blogspot.com.

DUNIA MENGUTUK...


Dunia terus mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan sekalian isi-isi di dalamnya. Ramai manusia yang membawa sepanduk dan sebagainya dan berarak di kota-kota besar untuk menzahirkan kemarahan mereka ke atas Israel.

Dan saya tak fikir yang Israel akan peduli.

Selagi Amerika menjadi tulang belakangnya, selagi itulah mereka akan terus mengganas.

Selagi kita tidak bersatu, selagi itulah kita akan terus 'terhina'.

Sudah-sudahlah berbalah pasal sunni dan syiah.

Kita bersaudara.

Sepatutnya kita bersatu menentang musuh kita yang paling nyata.

ISRAEL.

Nak menunggu Nabi Isa a.s. turun membinasakan dajal ?