Nuffnang
Sunday, January 04, 2009
DI HADAPAN BAITULLAH
"Ya sahabat, inginkah kau jika ku bawakan kau ke sesuatu tempat ?"
"Tempat apakah itu ?"
"Tempat yang mulia. Sungguh mulia."
"Molek benar kiranya begitu. Tapi, di manakah tempatnya itu ?"
"Aku tahu benar akan hajatmu yang terlalu ingin pergi ke sana."
"Ke mana ?"
"Baitullah. Yang letaknya di dalam Masjidil Haram itu."
"Ya, benar sekali, ya tuan !!! Saya terlalu rindukan Baitullah yang mulia. Tapi, apakan daya, kekangan demi kekangan menghalang saya, tuan. Ayah dan ibu saya sudah selamat tiba di sana dan sudahpun pulang ke rumah. Saya ini bagaimana, tuan ? Apakah Tuhan masih mengizinkan saya pergi ke tanah kelahiran nabi kita yang agung itu ?"
"Ya, insya Allah Tuhan mengizinkan. Persoalannya, mahukah engkau ke sana sekarang ?"
"Sekarang, tuan ? Mustahil sama sekali."
"Tidak ada yang mustahil dengan kekuasaan Tuhanmu yang mengurniakan aku sedikit kelebihan."
"Apakah tuan seorang abid yang mulia ?"
"Sudah. Jika mahu, segera bertaut pada belakangku."
Aku pun segera bertaut pada belakangnya. Ya Tuhan, sungguh gagah lelaki ini. Bau badannya cukup wangi. Aku tidak tahu entah wangian apa ini.
"Sedia, sahabat ?"
"sedia."
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Tiba-tiba badannya terapung dan terus terbang laju ke awangan. Aku hanya mampu menutup mata lantaran terlalu takut.
Entah berapa lama, kakiku kembali jejak ke tanah. Terasa hangat.
"Sahabat, bukalah matamu. Kita sudah tiba."
Aku membuka mata.
Subhanallah,
Maha Suci Tuhan...
*Sebahagian daripada mimpi saya yang cukup indah. Ya Tuhan, sungguh aku merindukan tanah suciMu. Izinkanlah aku beribadat di sana biarpun seketika. Siapakah sahabat yang membawa saya itu ? Khabarnya malaikat. Tapi, entahlah. Tuhan lebih mengetahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment