Nuffnang

Tuesday, April 21, 2009

PERLAHAN-LAHAN ATAU LENGAH ?

"Aku tak peduli sama ada kau hendak berpakaian atau tidak saat kau duduk di rumah. Tetapi, tutuplah auratmu saat kau melangkah keluar dari rumah."

Siti kata berilah dia masa untuk beransur-ansur daripada memakai selendang saja kepada tudung litup.

Haha.

Sheila Rusly yang dahulunya lebih seksi daripada beliau pun tidak memerlukan masa yang lama untuk menukar imejnya. Kerana dia tahu selama ini dia telah melanggar perintah Tuhan.

Safura.
Siapa tidak kenal Safura ?
Dahulunya beliau juga seksi.
Namun, beliau juga akhirnya sedar.

Azizah Ariffin.
Juga sudah tahu tuntutan yang selama ini ditinggalkannya.

Engkau ?
Tak sudah-sudah menyuruh orang ramai bersabar.

Ataupun kau memang sengaja melengah-lengahkan keadaan.
Sehinggalah sampai satu masa nanti fitnah datang menyinggah hidup kau, barulah kau tahu betapa hukum Tuhan itu tidak boleh sama sekali dipermain-mainkan.

2 comments:

Sayanik said...

bro..kalau dah tau tajuk lagu yang aku tny atas bas malam tu..bagitau aku...tak jumpa-jumpa lg nie...

AKMAL_ALIF said...

Entahlah. Aku pun tak tau tajuknya. Lagunya pun dah lupa.