Nuffnang

Sunday, October 25, 2009

GELAS MENAMPUNG AIR

Bertitik tolak daripada persekitaran, seseorang itu akan berubah mengikut persekitarannya. Misal katalah, seorang yang berada untuk beberapa ketika di aliran agama, apabila tiba masanya untuk bertukar ke persekitaran yang jauh beberza, dia turut berubah. Segala macam tarbiah ketika berada di aliran agama hilang sama sekali.

Jadi, apa yang kita boleh katakan di sini...???

Ikhlaskah mereka berada di dalam satu-satu aliran pendidikan itu ?

Jika ikhlas, apakah yang membuat mereka berubah dan kalut menghadapi kehidupan yang penuh dugaan ini ?

Tarbiah sudah hilang ?
Tuhan boleh sahaja mentarbiah kita melalui pelbagai cara yang tidak diduga sama sekali.

Jelas sekali, ramai anak muda kita tidak ikhlas menuntut ilmu melainkan mengejar markah, 'pointer', sijil, pengiktirafan, penganugerahan, diploma dan ijazah.

Nur ilmu sudah tidak ada lagi dalam kebanyakan jiwa anak muda kita kini.

Ilmu hanya dalam kertas peperiksaan, tidak kekal mekar di dalam hati sanubari...

2 comments:

musafir kehidupan said...

Situasi yang memang realitinya ada dimana-mana pusat2 pengajian. menyakitkan untuk dihadapi...sedih melihat...seakan-akan belajar agama hanya sekadar masa itu sahaja. seorang naqibah mengatakan, tarbiyah sebenar adalah apabila kita melangkah keluar dari pusat tarbiyah itu. Adakah kita mampu bertahan dengan ujian dan aplikasikan apa yang kita pelajari itu...inilah bila orang salah faham tentang "Islam itu mudah, sehingga perkara2 yang mudah, dipermudah-mudahkan..."
Peringatan buat diri juga...

AKMAL_ALIF said...

hmm...betul...
Islam itu sememangnye mudah, tapi bkn bermakne kite buleh ambil mudah...

Dari mudahnya agama kita itu, kita wajib bersyukur...

Mmg byk pengalaman saya, melihat mereka yg dahulu zaman sekolahnya seorang baik, apabila melangkah ke alam pengajian tinggi, serta-merta menjadi manusia yg lagaknya mcm tak tahu hukum...

seronok mendedahkan aurat, seronok berpegang-pegangan mcm suami isteri...

Alasan ?

"Biasalah...apa nak dihairankan..."

Disebabkan kita menganggap benda macam itu adalah biasa, jadi ianya menjadi biasa, sampaikan Tuhan tolak ke tepi..