Nuffnang

Wednesday, September 22, 2010

ATAS NAMA CINTA DAN CINTA HAKIKI


Yang paling mengesankan saya pada dua rangkap ini:

Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya
Redha-Nya...

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa...

Segera saya teringat pada kata-kata Wardina Safiyyah, " Tanpa kasih sayang manusia, saya tak apa lagi. Tanpa kasih sayang Tuhan, saya tak boleh hidup." Begitulah lebih kurang. Dan memang Wardina betul. Tuhan boleh menarik kasih sayang manusia daripada hidup kita sekelip mata sahaja. Dan dengan rahmat-Nya, kita masih boleh bertahan. Bayangkan Tuhan menarik kasih sayang-Nya daripada hidup kita, apa akan terjadi ?


 
Ini pula rangkap yang mengesankan saya :
 
Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak...

Cintakan Allah
Cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa....

Itulah dia, adik-adik dan kakak-kakak serta abanga-abang sekalian. Kalau anda rasa selama ini cinta anda kepada makwe-pakwe anda itu suci belaka, fikirkan semula. Tidakkah kita pernah bertanya kepada diri kita, "Kenapa dalam diri kita boleh datang perasaan kasih pada seorang perempuan ? Dan adakah itu dinamakan cinta ?"



No comments: