Nuffnang

Monday, August 31, 2009

JEDA KEMERDEKAAN

Kemerdekaan bolehlah diumpamakan sebagai satu ruang yang disediakan oleh nenek moyang kita untuk diisi, dimurnikan dan dihiaskan oleh kita, pewarisnya.

Ruang kemerdekaan itu adalah satu semangat misteri yang mewakili nenek moyang kita yang hendak mengajar kita apa ertinya merdeka dan bagaimana susahnya hendak merdeka.

Kita merdeka daripada tangan penjajah, bukan daripada Tuhan. Kita tidak pernah merdeka daripada Tuhan. Kita tetap terikat dengan perbendaharaan syariat Tuhan yang luas dan bererti itu. Justeru, nenek moyang kita, dengan nama Tuhan, sedaya upaya memerdekakan tanah air kita daripada si kafir yang mencengkam segenap kekayaan yang kita ada. Sudahlah begitu, tak kurang juga yang menyangsikan kebolehan kita untuk merdeka. Padahal, sebelum itu kita telahpun kaya raya sehinggakan Portugis buat pertama kalinya datang menjajah kita dan menyebarkan benih agama Kristian dalam masyarakat kita, iaitu Melayu. Namun, orang Melaka yang sudah kukuh Islamnya tidak mudah dipujuk oleh sang paderi.

Bermula dari satu, lebih daripada 500 tahun, nenek moyang kita, leluhur kita bertempur, bermandi darah untuk memerdekakan kita, atas nama kita, pewarisnya. Kita bertempur dengan pedang, keris, panah dan juga lembing untuk merdeka. Kemudian, sedikit demi sedikit, kita beralih cara dengan bertempur cara lisan dan pena.

Maka, lahirlah Ishak Haji Muhammad, Abdul Rahim Kajai, Tan Sri A. Samad Ismail, dan ramai lagi pejuang yang tidak berjuang melalui mata pedang, tetapi dengan mata pena dan tutur lisan.

Hal ini semua ternyata memakan masa berpuluh-puluh tahun. Orang Melayu, bersama-sama dengan orang Cina dan India ketika itu berusaha untuk merdeka. Semua disatupadukan atas dasar untuk merdeka. Orang putih kian risau kerana kita semakin kuat. Lalu, Persekutuan hendak dibentuk setelah Malayan Union yang menghapuskan kuasa raja-raja Melayu ditentang habis-habisan.

Lalu, berlakulah rundingan demi rundingan. Itu kita belum kira lagi dengan mereka yang khianat pada pemimpin kita. Ketika itu.

Nah, kalau mahu diimbas balik, ianya rentetan peristiwa yang panjang sekali. Penuh duka daripada suka.

Jadi, bersyukurlah dengan rahmat kemerdekaan oleh Tuhan. Jangan sampai Tuhan menarik kembali nikmat itu. Atau, mungkinkah Tuhan sedang menarik nikmat itu sedikit demi sedikit disebabkan ramai di antara kita lupa diri dan tidak bersyukur ?

Wallahua'lam.

2 comments:

pecinta_Islam said...

bg sy merdeka itu satu nikmat Allah..nikmat semua orang perolehinya samada baek,jahat,islam mahupun kafir ataupun musuh2 Allah.yg kte lbh inginkn adalah rahmat Allah bknnya nikmat semata2.kerna rahmat hanya untuk orang2 beriman shja..selamt menyambut bln kemerdekaan dan slmt berpuasa
:)

AKMAL_ALIF said...

Ha...setuju.
Nikmat adalah untuk semua hamba-hamba-Nya, tidak kira apa bangsa dan agama.

Sedang rahmat hanyalah untuk orang mukmin. Merdeka adalah nikmat. Namun nikmat tanpa rahmat, merdeka hanya kata-kata tanpa isi dan laungan tanpa jiwa.

Wallahua'lam.