Nuffnang

Saturday, February 13, 2010

QASIDAH BURDAH (2) - CERITA DI SEBALIK UNTAIAN KATA-KATA MULIA


Dahulu saya sudahpun menulis entri dengan tajuk yang sama. Cuma sekarang ini saya cuma hendak bercerita tentang siapa orangnya yang menulis qasidah yang indah ini.

Kenal Imam Sharafuddin Muhammad al-Busiri ? Saya pun tidak mengenalinya, sehinggalah saya menemukan qasidah ini dan beberapa pencarian yang lain.

Imam Sharafuddin merupakan seorang ulama sufi. Qasidah ini adalah sebahagian kecil daripada banyaknya hasil nukilan beliau yang lain.

Apa yang menarik pada qasidah ini ?

Begini ceritanya.

Ketika qasidah ini diilhamkan oleh beliau, beliau sedang menderita penyakit lumpuh separuh badan. Maka, berdoalah beliau kepada Allah semoga disembuhkan penyakitnya itu. Sebelum itu, beliau telah mengarang qasidah ini dan dimunajatkan olehnya kepada Allah atas kemuliaan Rasulullah s.a.w sepanjang masa dengan rintihan yang Tuhan sahaja yang tahu bagaimana keadaannya. Sehinggalah satu ketika, beliau tertidur lalu bermimpi. Dalam mimpi tersebut, beliau dengan izin Allah bertemu dengan kecintaan yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Beliau lalu membacakan qasidah itu di hadapan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w yang dikhabarkan olehnya terharu dengan qasidah itu lalu menyentuh tubuhnya yang lumpuh itu dengan tangan baginda yang suci lalu menyelimutkan dirinya yang lumpuh separuh badan itu dengan burdah baginda yang mulia. Kemudian, setelah terjaga dari tidur, beliau mendapati dirinya, dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, telahpun sembuh daripada penyakit lumpuh itu dan beliau boleh kembali berjalan seperti biasa.

Maha Suci Allah yang mengasihi orang-orang mukmin.

Begitulah hebatnya Al-Imam Sharafuddin ini. Doanya diterima Allah lalu disembuhkan penyakitnya, hanya kerana kasihnya beliau pada Nabi Muhammad s.a.w. Maka, siapa pula kita hendak membelakangkan nabi dalam kehidupan kita ? Amat malanglah kita sekiranya kita sampai hati memperlekehkan sunnah baginda dan segala ajaran baginda yang mulia.

Sempena kisah ini, teringat pula saya bagaimana ibu Imam Bukhari mendoakan agar penyakit buta anaknya itu sembuh. Ya, Imam bukhari ini pada asalnya buta. Lalu, dengan izin Allah, doa ibunya diperkenankan dan sembuhlah penyakit buta Imam Bukhari itu.

Sekarang, tahulah kita bahawa ubat-ubatan yang kita makan hanya sia-sia sekiranya Allah tidak memperkenankan kita untuk sembuh. Ubat hanyalah ikhtiar, sedang penyerahan untuk penyembuhan hanyalah kepada Allah.

Dua kisah ini membuktikan juga bahawa kebergantungan kita kepada Allah adalah setiap detik, bukan ketika susah sahaja.

Sekali lagi, saya tampilkan qasidah yang murni itu di sini:



مَوْلايَ صَلـِّي وَسَلِّمْ دَائِمًا أَبَدًا

عَلَى حَبِيبِكَ خَيْرِ الخَلْقِ كُلِّهِمِ

مُحَمَّدٌ سَيِّدُ الكَوْنَيْنِ وَالثَّقَلَيْن

وَالفَرِيْقَيْنِ مِنْ عُرْبٍ وَمِنْ عَجَمِ

أُوذِيتَ فِى اللهِ لَمْ تُهْزَمْ وَلَمْ تَهِنِ

حَتَّى غَدَتْ أُمَّةَ الإِسْلامِ فِي النُّجُمِ

حَبِيبَ الله رَسُولَ الله إِمَامًا مُرْسَلِين

يا حَبِيبَ الله رَسُولَ الله إِمَامًا مُرْسَلِين

سَرَيْتَ مِنْ حَرَمٍ لَيْلا إِلى حَرَمٍ

كَمَا سَرَى البَدْرُ فِي دَاجٍ مِنَ الظُّلَمٍ

وَبِتَّ تَرْقَى إِلَى أَن نِلْتَ مَنْزِلَةَ

مِنْ قَابِ قَوْسَيْنِ لَمْ تُدْرَكْ وَلَمْ تُرَمِ

Wallahua'lam...

No comments: