Kalau melihat dia terlelap-lelap begitu saat pensyarah 'berceramah' di depan dengan entah apa kebutir pun tidak jelas, kita akan berkata, "Kasihan, mestinya semalam penat bermesyuarat..."
Kekadang saya menyumpah-nyumpah mesyuarat yang dihadirinya itu. Masakan tidak, ianya hampir setiap malam ! Entah isu negara apa yang dibincangkan, saya pun tidak tahu. Hendak mengajaknya makan bersama-sama, pasti mesyuarat itu yang menjadi penghalang tegar kami.
Celaka. Ooppss...apa hak saya hendak mencaci begitu. Tuan punya badan sendiri tidak kisah. Heh.
Namun, semakin hari kudratnya semakin 'kalah'. Kalah dengan hatinya yang kesedihan. Oh Tuhan, siapa yang dapat menafikan sedih di hati itu teramat berat. Ibarat batu gunung menghempap dada seperti Bilal Bin Rabah yang ditimpakan atas dadanya sebuah batu besar hanya kerana beliau mengaku hanya ada satu Tuhan dan Tuhan itu adalah Allah.
Saya membenci orang yang mengamalkan mazhab'habis madu sepah dibuang'. Mazhab ini memang bangsat sama sekali. Orang yang berpegang pada mazhab ini akan melupakan orang-orang yang pernah menyayanginya,berada di sampingnya, membantunya ketika susah dan menghulurkan kasih sayang ketika sedih. Dia melupakan begitu sahaja setelah mencapai kesenangan yang dia kehendaki.
Amacam, sungguh celaka, bukan ?
Saya mengenal sahabat ini sebagai seorang yang kasihkan ibunya, ayahnya, kakaknya, adiknya, dan saudara-maranya. Dia juga sayangkan anak-anak kecil. Dan dia juga kasihkan orang yang dia kasih. Huh, hampir sempurna, bukan ? Tidak begitu, kekadang ada juga kecelaruan pada dirinya yang pada hemat saya semua orang melaluinya sebagai satu pengalaman, termasuk saya sendiri.
Makanya, apabila beliau dikatakan menjadi mangsa mazhab 'habis madu sepah dibuang ini', saya teramat-amat kecewa. Orang baik sepertinya diuji Tuhan dengan pertemuan seperti itu. Ya, mungkin itu rahmat Tuhan juga demi meningkatkan darjat lelakinya di sisi Tuhan. Siapa tahu kerja Tuhan ?
Orang yang mengamalkan mazhab seperti itu akan saya tentang dengan penuh 'tatasusila'. Persilakanlah mempermainkan jiwa manusia lain, kerana Tuhan akan, dengan seadil-adilnya, membalas kembali perbuatannya.
Ayuh, sahabat. Kita tumpukan cinta kita kepada Tuhan, kerana ia akan meluputkan kecewa lama, dan kita cari kegembiraan baru. Kegembiraan kerana Tuhan kasihkan kita. Kita tahu kan, kalau Tuhan sudah menyayangi hamba-Nya, apa lagi yang kita kehendaki dalam dunia ini ? Tidak ada. Kerana puncak kecintaan tertinggi dalam alam semesta adalah cinta kepada Tuhan.
Kita mahu sahabat kita yang satu ini menjadi manusia yang tinggi imannya, insya Allah...
*Tribute untuk seorang kawan yang baik... :-)
4 comments:
seedih aku menbacanya....rupanya msih ada org yang menyayangi aku..terima kasih kawan ku
Uih, mesti Nan...kita satu negeri...hehe...
Salam. Saya senasib dengan rakan kamu. Terima kasih atas penulisan. Sungguh terkesan.
Noreena,
Terima kasih. Kita semua memang pernah berjumpa, malah bergaul dengan orang seperti ini. Semoga Tuhan memelihara kita daripada kejahatan manusia yang menipu...
Post a Comment