Nuffnang

Friday, April 30, 2010

CERITA TENTANG ORANG JAWA

Kadangkala saya melakukan juga aktiviti 'blogwalking' ini, biarpun tidak selalu-selalu seperti kebanyakan blogger lain, terutamanya wanita (ya ke ?).

Apa yang saya nak beritahu di sini adalah berkenaan sebuah blog yang menceritakan perihal orang-orang Jawa. Kebetulan, saya ini berketurunan Jawa, maka tentunya ia menarik perhatian saya. Oh ya, penulis itu sendiri berketurunan Jawa.

Apa kenyataannya ?


Lihat pula bangsa Jawa. Ibu saya orang Jawa. Ketika saya kecil, saya agak malu untuk mengangkat tangan jika ada cikgu bertanya, "Siapa orang Jawa di sini?". Saya sendiri juga tidak tahu mengapa rakan-rakan saya sewaktu kecil seakan mengejek anak-anak Jawa. Nakal sungguh mereka waktu itu!

Hari ini, saya agak gembira kerana ibu saya berbangsa Jawa. Setelah saya besar, baru saya tahu bahawa Jawa adalah satu bangsa yang penuh dengan lemah-lembut dan sopan-santun. Malah, sangat menghormati tetamu. Jika anda pergi menziarahi mana-mana rumah rakan berbangsa Jawa, dan keluarga itu pula masih lagi kuat mengamalkan budaya orang-orang Jawa, yang kebiasaannya banyak terdapat di Banting dan Batu Pahat, maka pasti anda akan terkejut dengan layanan mereka.

Kalau boleh, apa sahaja makanan yang ada di dapur itu hendak mereka keluarkan untuk beri anda makan. Malah, kalau anda membawa anak bersama, dan anak anda itu pula tiba-tiba sangat suka bermain dengan permainan yang ada di rumah yang anda ziarahi itu, silap-silap haribulan tuan rumah akan suruh anda ambil terus permainan itu.

Sebab itulah, dari sembang-sembang bersama Pakcik Abu Muhammad, ada dia memberitahu saya bahawa Sheikh Muhammad Alawi al-Maliki paling suka pergi ke Tanah Jawa kerana layanan orang-orang Jawa yang sangat baik dan penuh adab.

Ini kelebihan orang-orang Jawa. Malangnya generasi Jawa hari ini (termasuk saya) semakin melupakan adat Jawa yang penuh dengan kesantunan itu. Itu belum lagi masuk bab boleh bertutur dalam Jawa atau tidak!


(Sumber: Hembusan.blogspot.com) 


Apa yang dinyatakan oleh penulis blog itu, memang betul sekali. Saya ada dua orang kawan berketerunan Jawa, dan betapa 'lembutnya' suara mereka ketika bertutur. Terutamanya yang seorang ini, sehinggakan ianya menjadi kredit buat beliau untuk mengorat perempuan. Ceh.


Ibu saya berketurunan Jawa. Makanya, seperti apa yang dinyatakan blogger itu, ada pada diri ibu saya. Ya, ibu saya akan mengeluarkan segala macam makanan yang ada di rumah untuk tetamu yang datang. Oleh itu, saya tak hairan kalau rakan-rakan yang bertandang ke rumah dapat menjamah segala macam kuih, nasi dan lauk-pauk, serta ketam goreng. Apabila mereka hendak beransur pulang, siap dibekalkan dengan roti bakar pula. Heh. Malangnya, ibu saya sendiri tidak tahu bertutur bahasa Jawa dan juga saya sendiri. Ya, mungkin kerana atuk saya berkahwin dengan orang Melaka, maka keperluan untuk menuturkan bahasa itu tidak ada, jadi ibu saya juga tidak tahu. Ayah saya pula orang Muar, lagilah bercampur-gaul pelat bahasa itu. Orang kampung ayah saya suka memekik dari rumah ke rumah (tak pasti semua penduduk berbuat begitu ke tidak kerana arwah atuk sebelah ayah suka berbuat begitu). Paling kurang mereka akan bertanya sesama sendiri, "Hari ini kau masak apa ?" Soalan itu akan dilontarkan dengan cara menjerit ke mana-mana rumah yang hendak ditanyakan. Yalah, tentulah rumah yang paling dekat. Gila apa nak menjerit rumah yang di hujung kampung.


Menarik juga di situ kerana pendengaran mereka memang tajam. Hehe.


Pernah dengar lagu Kacap Terlabik nyanyian kumpulan Spider ? Kacap terlabik ini semacam satu 'budaya' orang Johor di mana mereka akan bertutur sesetengah perkataan secara terbalik, sama ada sengaja ataupun tidak. Maka, saya tidak hairan apabila kawan saya yang berasal dari Pontian berkata perkataan 'kecuali' menjadi 'cekuali'. Hehehe...

Oh ya, saya yakin dan pasti ramai yang tahu nasi ambang dan tempe, kan ? Ya, itulah makanan kegemaran saya dan sekalian orang-orang berketurunan Jawa, rasanya. Nasi ambang yang dihidang dalam dulang dan dimakan beramai-ramai adalah harmoni sekali. serasa dekat di hati sesama kita. Namun, ada rakan saya yang tidak mahu cara sebegitu, entah geli ke, apa ke, saya tidak tahu. Yang penting, dia bukan orang Jawa.

Seorang kawan saya pernah berkata yang dia semacam takut mendengarkan perkataan 'orang Jawa' itu kerana menurutnya semacam ada mistik dan misteri di situ. Hah, apalah yang mistik melainkan bahasanya yang memang sudah jadi begitu dan adalah tarian kuda kepang dan beberapa lagi budaya unik orang Jawa. Oh ya, ini mesti terpengaruh dengan drama seram bersiri Keliwon.


Di sini saya tampilkan sedikit penerangan yang menceritakan tentang Jumaat Keliwon.


Dalam masyarakat Jawa, dalam banyak-banyak hari Jumaat, ada satu hari yang dipanggil Jumaat Keliwon. Bagi masyarakat Jawa, hari Jumaat Keliwon adalah penghulu segala hari Jumaat. Dan ianya sangat baik untuk membuat sesuatu perkara, seperti beramal, atau untuk menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Istimewanya hari Jumaat Keliwon:

1. Kalau hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air hujan itu ditadah dalam mangkok di halaman rumah  dan air itu elok untuk dijadikan "air penerang hati".
2. Kalau ada orang yang meninggal pada hari ini, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam hingga 40 hari, kerana takut digali semula oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk diambil kain kapan, lidah, dsbnya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, seperti merompak, sihir, dan lain-lain. (Perkara khurafat).
3. Elok untuk memulakan amalan-amalan seperti wirid dan zikir, atau membuat sembahyang hajat.
4.   Diperkatakan juga pada malam Jumaat Keliwon  orang yang mengamalkan ilmu sesat ini menjalani kelas praktikum ilmunya buat pertama kalinya. Sekiranya gagal, dia akan menunggu sehingga berjumpa lagi malam Jumaat Keliwon. Mereka gagal kerana diganggu oleh hantu-hantu topeng, hantu kelambu dan lain-lain yang saya pun tidak berapa tahu.Dan sekiranya mereka melepasi ujian itu, pada akhirnya mereka akan diuji dengan hantu yang berupa perempuan yang sangat cantik, di sinilah kadangkala pengamal akan gagal dalam ujian ini. (macam cerita Pendekar Bujang Lapok).
(Sumber: Kampungmampan.blogspot.com)
Nenek saya pernah menceritakan tentang bagaimana indahnya budi pekerti orang Jawa saat memohon maaf ketika hari raya. rasa terharu dan malu orang-orang muda seperti saya jika melihat mereka melutut dan menunduk sambil bercucuran air mata memohon maaf sekiranya pernah bersalah sepanjang beberapa bulan yang lalu. Kan itu juga budaya Islam ?

Itulah sedikit sebanyak cerita orang Jawa yang saya tahu. Tidak ada yang hendak dimalukan menjadi orang Jawa. Kalau orang Kelantan amat berbangga menjadi orang Kelantan, orang Jawa juga harusnya begitu. Cerita-cerita buruk mengenai orang Jawa hanyalah bersifat sementara dan dilontarkan oleh mereka yang busuk hati. Sama-samalah kita membaiki diri kita ke arah kebaikan.


Apa pun, setiap bangsa dan keturunan di dunia ini sememangnya unik. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.

18 comments:

Maya said...

Sangat Menarik. Saya juga orang jawa yang lahir pada hari Jumaat Keliwon. :)

naivecity said...

tentang makanan tu mmg betul...kat rumah sy pn same. kalau org datang,mak akan mula la ke dapur keluarkan segala benda yang ada.biar kami tak dapat makan,asalkan tetamu pulang kekenyangan....

meds said...

Senang rasanya jumpa dengan saudara yang punya asal usul jawa, tapi sekarang menetap di malaysia.

memang, antara indonesia dan malaysia sering terjadi salah paham, karena walaupun letaknya berdekatan sangat sedikitnya pertukaran informasi melalui berita TV antar dua negara ini.

Tapi dimanapun, semua bersaudara. Semua tetap tidak lupa asal-usulnya. tetap ingat, kita hanya makhluk tuhan.

so, saling menyayangi sesama manusia.

AKMAL_ALIF said...

med,
Salah faham itu saya yakin disuburkan oleh manusia yang busuk hati dan benci kita bersatu.

Dan ya, di Malaysia sangat ramai orang yang berketurunan Jawa. :-)

Tapi, ada yang langsung tidak tahu berbahasa Jawa kerana persekitaran yang berbeza. Contohnya mcm saya. :-)

Anonymous said...

saya orang jawa asli,tinggal di solo.terimakasih untuk semua yang ada di sini atas tulisan positifnya . . . . dulu saya punya teman kuliah orang malaysia juga baik,sering latihan musik gamelan bersama . . . .

AKMAL_ALIF said...

Anonymous,
Sama-sama...alhamdulillah... :-)

Saya juga amat berbangga kerana berketurunan jawa, walaupun tidak tahu berbahasa jawa...hehe...

Mana yang baik itu sama kita suburkan, mana yang buruk sama kita tinggalkan. Insya Allah tidak kira apa bangsa, kita akan dimuliakan... :-)

jejaritakberapanakruncing said...

saya sgt berbangga jadi anak jawa..ibu bapa saya mmg org jawa asli..mungkin admin tidak tahu di klang juga ramai penduduk jawa..kalau di sekinchan, tanjung karang dan kuala selangor lg pekat jawanya..dan keli masak lemak kecur mmg feveret saya!

Eko Mujit Abdullah's BLOG said...

he he he tulisan yang bagus. di jawa juga ada jumat legi biasanya juga istimewa. orang2 yang akan ngadakan khataman al-quran 30juz biasanya memilih hari jumat legi. sy jg tidak tahu kenapa.yang jelas di jawa ada 7hari dan 5 pasaran artinya hari itu ada senin sampai ahad/minggu dan ada pasaran pon, kliwon, legi, pahing wage.

Unknown said...

best....saya nak makan nasi ambang..kat perak tak ada;;...terliur la pulak

Wiwin Juli said...

saya juga keturunan jawa, hehe..
senang jadi orang jawa..

Anonymous said...

Saya juga orang jawa keturunan ken arok (Malang-jawa timur) :D
Di keluarga ku masih sangat kental adat jawa mulai dari yg mistic sampai yang bisa d terima oleh logika..
Banyak trandisi jawa yang sudah mendunia,
Seperti wayang,reok ponorogo,batik jawa,gamelan,etc

Unknown said...

saya org jawa tanjung karang dan leluhur ku berasal dari solo.dan masihy bertutur bahasa jawa. :)

Unknown said...

kabare kabeh sedherek sedhoyok.. konco2 kabeh?saya orang melayu tapi ibu ktrunan jawa solo,opah abah pula ibu tirinya jawa surakarta..
budaya jawa itu sangat tinggi.. sepupu2 sy pun terpegun tgok bdaya kluarga ibu kami :)

zek said...

Mmg benar org2 tua Jawa klu memohon maaf di Aidilfitri penuh dgn tertib dan beradab..duduk bersimpuh berhadapan...sebut salah silap masing2 sepanjang thun sblumnya..lps sebak menangis..klu sama jantina,mereka siap berpelukan...sya menyaksikan sendiri perlakuan embah2 sya itu sewaktu kecil di Sri Medan,Batu Pahat...

Anonymous said...

Cakap pasal keli masak lemak kecur aka iwak lele terliur dibuat nye..btw..saya pun jawa juga

POLARIS said...

Ya..betul sekali

POLARIS said...

Saya berketurunan jawa +melayu...x pandai bertutur bahasa jawa tapi boleh faham sikit2 bila dgr saudara mara bercakap bahasa jawa. Btl seperti yg admin kata. Allahyarham mak saya kalau saudara mara dtg...mesti nk jamu tetamu dgn mknn berat. Nasi dah tentu. Kdg2 rasa pnt sgt. Terutama bila hari raya. Yg paling syok sekali nasi ambeng...sesekali blk kg dpt mkn nasi ambeng best sgt. Tp kat kg muo dh x ramai saudara mara. Nk blk pun dh mls. Semua dh keluar merantau dan menetap luar dari Muar. Cuma berkumpul sesekali bila ada kenduri kahwin ...

Anonymous said...

bagus org jawa ni drpd 1 segi. bab melayan tetamu. tapi bab nak menerima pandangan org sangat susah sebab mereka ada kepercayaan sendiri dan ada ketikanya mengada-adakan hukum sendiri pulak berdasarkan apa yang pak kiyai cakap. ermmmm