Nuffnang

Thursday, May 06, 2010

SALAMKU BUAT AHMADINEJAD...

Salamku buat dikau,
Yang nun di kejauhan,
Meski aku tidak mampu mendakapmu dari sini,
Namun ku cuba mendakapi perjuanganmu di hati.

Biar orang membenci Syiahmu, 
Namun dikau menjaga agamamu,
Ada manusia cuba berlaku mulia,
Demi menyimpan hina perangai di belakangnya.

Aku tidak lagi berbolak-balik di hati,
Meski dikau dibenci dunia,
Hanya engkau yang bertakhta di hati,
Demi mencapai kembali sebuah kemuliaan,
Yang ditinggal pergi kerana duniawi,
Hingga titik sejarah dipecah-belahkan,

Engkau hidup dengan segala kerendahan hati,
Namun engkau digeruni,
Hati yang suci rupa-rupanya akan digeruni,
Oleh musuh yang busuk hati.

Tiada daya aku ke sana,
Demi berjumpa pemimpin mulia,
Biarlah kita bersatu hati,
Atas nama agama,
Islam yang murni.

Kalau mereka tidak mempersetujui peganganmu,
Ketahuilah mereka sendiri tidak lebih darimu,
Hanya memekik di sana-sini,
Tanpa berani bersuara teguh,
Terhadap kuasa yang menindas utuh,
Segala kekejaman menimpa tubuh.

Kita berselawat ke atas nabi,
Demi mendapat syafaat yang murni,
Dan mengasihi keluarganya yang mulia,
Demi mendapat ketenangan di jiwa...

Salamku buat Ahmadinejad...

No comments: