Nuffnang

Sunday, September 19, 2010

JALAN YANG LURUS...

Stesyen Kereta api Kulai 

 Ada orang berkata,
Dia di atas landasan yang kononnya betul,
Akan tetapi,
Rupa-rupanya di sisi Tuhan ia tidak diterima.

Ada orang berani mendakwa,
Dia berdiri di atas perkara yang betul,
Akan tetapi,
Di sisi Tuhan dia sebenarnya salah.

Ada orang lancang mencanang,
Bahawa dialah yang selama-lamanya benar,
Akan tetapi,
Di sisi Tuhan dia di dalam kehinaan.

Ada orang kita katakan salah,
Namun,
Di sisi Tuhan merekalah yang dirahmati.

Ada orang kita sangkakan betul,
Namun,
Di sisi Tuhan dia adalah salah.

Ada orang kita rasakan mulia,
Namun,
Di sisi Tuhan dia rupa-rupanya hina,

Ada orang kita katakan hina,
Namun,
Di sisi Tuhan dialah yang mulia.

Siapalah yang betul di dunia ?
Hanyalah Nabi Muhammad (s.a.w.),
Dan ahli keluarganya yang mulia...

*Jangan kita begitu mudah merasakan yang seorang alim itu mulia, kerana siapa tahu di sisi Tuhan amalnya langsung tidak diterima...

*Jangan juga kita rasakan orang kebanyakan itu hina, kerana siapa tahu Tuhan telah menyediakan syurga untuknya...

*Berbaik sangkalah, itu yang semolek-moleknya...

2 comments:

musafir kehidupan said...

Berbaik sangkalah..walaupun payah untuk diamalkan,kesannya..masyaAllah..hati tenang, fikiran bersih...seperti dunia kanak2..

AKMAL_ALIF said...

Memang susah... :-)
Orang yang hatinya bersih sahaja yang dapat berbaik sangka...