Nuffnang

Sunday, May 16, 2010

KITA BERANSUR TUA...

Haih, betapa ramainya manusia hendak menafikan tua. Buktinya, berapa banyak alat solek yang dicipta demi melindungi umur tua atau dalam kata yang sedikit kasar menipu umur tua. Itu belum kita ambil kira teknik-teknik mengelat seperti botox dan pembedahan plastik demi menafikan umur tua yang memakan sedikit sebanyak bentuk fizikal dan juga mental kita.

Aii...manusia masakini rupanya tidak mahu jadi tua. Mereka ingat mereka Tuhan dengan berkehendakkan kepada sentiasa muda. Mereka lebih utamakan itu berbanding menjaga kesihatan supaya meskipun tua, diri masih kuat dan bertenaga untuk beribadah kepada Allah, kan itu lebih utama ?

Apa yang dikejar pada rupa paras yang muda ? Perhatian manusiakah ?

Lihatlah bagaimana usia tua sememangnya memakan kita...

Jaya Badhuri (Kini Jaya Bachchan)



Nabi pernah memberitahu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati dan tua. Nah, seberapa banyak kita berikhtiar untuk menjadi muda atau kelihatan muda, umur tua tetap akan mendatang, dan ia tetap akan 'memamah' diri kita sedikit demi sedikit.

Jins Shamsudin



Sekarang ini kita mungkin begitu megah dan berbangga kerana memiliki wajah yang cantik atau tampan. itu belum kira lagi rambut yang cantik, pipi bak pauh dilayang, bibir bak ulas limau dan lesung pipit di pipi. Itu semua adalah lambang kemudaan. Apa pula lambang tua ?

Kedut.
Kecut.
Kering.

Farida Jalal



Ada orang mengatakan yang umur tua barulah nak beribadah, ketika umur muda mesti 'enjoy' dahulu. Aduhai, itu adalah salah sama sekali. Ketika umur muda dengan tenaga yang kuat inilah disuruh kita beribadah bersungguh-sungguh. Ketika umur mudalah digalakkan pergi menunaikan haji. Apabila umur tua, banyak pergerakan telah terbatas. Hendak solat lama-lama, lutut terasa lenguh, kaki terasa sakit. Apabila masuk rakaat kedua, terpaksa solat duduk. Nah, kita terpaksa melepaskan keutamaan solat berdiri kerana usia sudah tua dan sudah sakit-sakit.

Bertambah-tambah malang apabila ketika umur muda langsung tak solat. Justeru, pahala yang dikumpul banyak mana ?

Yusuf Islam (Cat Steven)



Oleh itu, di kesempatan ini, sama-samalah kita mengingati kembali pesan Nabi Muhammad s.a.w tentang lima perkara :

  1. Ingat sihat sebelum sakit
  2. Ingat muda sebelum tua
  3. Ingat kaya sebelum miskin
  4. Ingat lapang sebelum sempit
  5. Ingat hidup sebelum mati
Ya, pesan yang mudah, namun berapa ramai yang menghayatinya dengan baik ?

Sama-samalah kita renungkan...

P/s: Apabila kita bercermin, bacalah doa ini: "Wahai Tuhanku, sepertimana Kau memperelokkan wajahku, maka Kau perelokkanlah jua akhlakku." Semoga kita mendapat rahmat-Nya.

1 comment:

NASSURY IBRAHIM said...

Tua datang tanpa tawaran dan kita tersedar setelah anak ingin berpasangan.

Tua diri perlu di penghujung. Tua akal perlu di awal usia.