Sahabat, bangunlah...
Kenapa kau berbaring begini...
Kuatkan semangatmu, wahai sahabat jalanan setia...
Meski aku seekor kucing, aku malah lebih mengerti erti persahabatan berbanding manusia yang semakin keliru...
Usah kau berbaring di sini...
Bangunlah...
Aku tak akan biarkan kau di sini...
Izinkan aku membantumu...
Oh Tuhan...
KOMA
Aku rasakan yang makhluk kesayangan bagindaku Muhammad s.a.w ini lebih mulia dariku, meski dia hanyalah seekor haiwan...
Ampunkan aku andai pernah berkasar dengan makhluk ciptaan-Mu ini, wahai Tuhanku...
Celakalah manusia yang berperangai hina daripada haiwan, kerana mereka dikurniakan akal, sedang haiwan hanya naluri yang menemani...
No comments:
Post a Comment