Nuffnang

Saturday, December 27, 2008

HINA

Ohohoho...berani sungguh dikau menghina agama kami, rasul kami dan kemuliaan kami.

Tunjukkan muka kau yang sebenar. Barulah dikatakan 'penentang Islam sejati.'

Supaya senang kami menjadi penentang kau yang sejati.

Tahu atau tidak, orang Melayu dah lama tidak menusuk kerisnya ke perut orang-orang macam kau.

Friday, December 19, 2008

APA YANG KAU TAHU


Perkataan 'tahu' itu tidak boleh sewenang-wenangnya disebut, apatah lagi dimaksudkan. Kalau kata kita tahu, tapi sebenarnya kita tidak tahu, kita telah membohongi diri sendiri. Itu sifat orang yang zalim. Tuhan ? Ah, Tuhan Maha Mengetahui.

Bacalah...sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah Dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah Dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk Dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu

Apa yang kau tahu...???

MENGENDENG aka MENYIBUK ???

Petikan Utusan Malaysia :

DALAM mana-mana pilihan raya kecil, suasana inilah yang kerap atau biasa tertonjol setiap kali pemimpin Barisan Nasional (BN) - merujuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak - turun padang meninjau kempen jentera pilihan raya.

Yakni, budaya menggendeng pemimpin.

Cukup rimas dibuatnya. Kalau setakat menyambut ketibaan kedua-dua pemimpin di lapangan terbang, kemudiannya menyertai taklimat perjalanan dan operasi kempen jentera pilihan raya, tidak mengapalah. Ini sampai berbondong- bondong mengikuti ke mana arah langkah pemimpin itu pergi dari satu bilik gerakan ke satu bilik gerakan, pondok panas ke satu pondok panas dan satu peti undi ke satu peti undi, maka itu tentunya satu kerugian besar kepada parti berkenaan - khususnya dari aspek liputan menyeluruh meraih undi dan tumpuan asakan kempen ke kawasan-kawasan 'hitam' dan 'kelabu.'

''Kalau yang mengikut kedua-dua pemimpin ini dalam satu kumpulan kecil tak mengapalah, ini sehingga satu konvoi berkereta yang panjang, sudah tentu ada yang tidak kena," kata seorang ketua UMNO bahagian Terengganu yang enggan disiarkan namanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tanpa merujuk sesiapa, beliau membangkitkan kekhuatiran bahawa dalam situasi pemilihan parti yang menebal, dalam tempoh menjelang tidak sampai dua setengah bulan nanti (Mac 2009), pastinya unsur menggendeng pemimpin tidak 'mampu' dielakkan.

''Saya juga berkempen di Permatang Pauh tempoh hari (Ogos lalu) dan melihat budaya ini tidak ketara di kalangan parti pembangkang. Walaupun ketua menteri dan pemimpin PKR meninjau satu-satu kawasan, para petugas parti mereka pula akan sibuk dengan kerja masing-masing, edar risalah di sana sini, tampal poster di pokok malah panjat tiang lampu gantung sepanduk waktu tengah hari," katanya.

Persoalannya, siapa yang harus dijaga dalam menghadapi pilihan raya kecil seperti persaingan merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini yang disifatkan pemerhati pasti sengit - melibatkan lima penjuru.

Bagi kalangan ahli politik khususnya UMNO, kempen pilihan raya kecil selama 11 hari dari 6 Januari hingga ke saat-saat akhir tengah malam menjelang keesokan 17 Januari itu bukanlah masa untuk mencuri perhatian, mengambil hati pucuk pimpinan atau mempromosi diri. Yang perlu diberi perhatian dan bantuan ialah jentera kempen parti. Dengan puluhan ribu pengundi berdaftar yang perlu dijengah, 36 saluran mengundi harus disusuri serta impian menggunung Pas untuk merampas kerusi itu, ia menuntut komitmen tinggi dan kerja keras berterusan.

Suatu ketika budaya menggendeng pemimpin ini pernah mengecewakan Abdullah sendiri. Ketika meninjau keadaan mangsa banjir pada 2003 di Seberang Perai Utara dari dalam Pajero yang membawanya, berulang kali beliau meminta konvoi yang agak panjang agar tidak mengekorinya.

Tetapi itulah yang berlaku. Bersesak-sesak bagaikan tidak pernah berjumpa Abdullah. Rakaman lensa kamera jurufoto media menarik perhatian seolah-olah ia 'hari mempromosi diri'. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia ada kaitan dengan pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada hujung bulan tahun berkenaan.

Meskipun situasi ketika itu berorientasikan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, keadaannya dalam politik juga serupa - sepatutnya memfokus dalam membantu jentera parti.

Turun padang seseorang pemimpin untuk bersama jentera kempen dan pengundi perlu dihormati. Ia bukan untuk disalahertikan bagi menangguk kepentingan peribadi.


Biasalah tu. Kan itu budaya kita...???

Ayah saya cukup tak suka orang 'mengekor' ke mana sahaja dia pergi.

Inikan pula Perdana Menteri...

Tuesday, December 16, 2008

I-DANCE.....???

Orang yang sudah tak kenal budayanya sendiri memang selalu 'syok' dengan budaya-budaya yang datangnya dari barat. Nampak best. Memanglah. Jangan kita lupa peranan media yang mempromosinya untuk menjadikannya sebuah 'budaya' yang 'macam bagus'. Padahal lebih banyak buruk daripada baiknya. Saya tidak kisahkan budak Cina atau India. Yang menyedihkan, anak muda Melayu kita yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya barat. Saya fikir, Senaman Tua yang diasaskan oleh Encik Azlan Ghanie lebih sopan, tertib dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Oh ye, biasalah tu. yang ada kena-mengena dengan budaya Melayu mestilah jumud, ketinggalan zaman, tak menarik dan sebagainya. Dan malangnya, orang Melayu sendiri meninggalkan budayanya. Hari tu kecoh dengan isu tarian 'shuffle', ini I-Dance pula.



PULAU PINANG, 13 Dis (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang melancarkan piket secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat Jumaat semalam bagi mendesak Exco Belia dan Sukan Negeri, Lydia Ong agar membatalkan cadangan memperkenalkan i-Dance kepada golongan remaja.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataannya menegaskan, program tersebut dilihat tidak relevan kerana ia memperkenalkan budaya yang nyata boleh merosakkan akhlak remaja masa kini.

"Kami meminta ia dibatalkan segera. Jika tidak kami akan mengadakan bantahan dengan sejumlah orang yang lebih besar datang," tegasnya.

Kenyataan Yusni itu turut mempersoalkan beberapa perkara, antaranya:

Langkah Kerajaan Negeri itu dilihat menimbulkan beberapa persoalan, seperti adakah kempen ini usaha terbaik dalam konteks Malaysia sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib dan sopan?

Adakah pihak berwajib mempunyai rekod atau bukti kejayaan aktiviti seumpama itu sebagai 'pillot test' sebelum dilaksanakan di negeri ini walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan.

Selain itu, adakah mampu i-Dance membantu perkembangan minda kumpulan sasaran kerana 'core-bisiness' remaja dan pelajar adalah mengejar ilmu dan akademik?

Persoalan juga timbul tentang sejauh manakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa operandi dan pelaksanaan i-Dance dalam kalangan remaja Islam itu mengikut kehendak syarak, tidak melalaikan, jauh dari perkara haram dan maksiat, tidak bercampur lelaki dan perempuan, menutup aurat serta tidak menyebabkan remaja Islam meninggalkan solat.

Berdasarkan pertimbangan itu maka Kerajaan Negeri harus menghentikan terus program berkenaan seandainya mahu meletakkan kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri remaja.

Iaitu bukan bersikap sebagaimana Umno-BN yang gemar menganjurkan budaya popular dan hiburan dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kempimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia.

"Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar elaklah program sedemikian kerana ia tidak lojik dengan budaya kita yang lebih bersopan, " tegas Yusni yang hadir bersama 60 orang yang memegang sepanduk dengan pelbagai slogan.

Sebelum itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pertemuan dengan wakil Exco bagi membincangkan tujuan penganjuran itu.

Semasa perbincangan itu, pihak penganjur bersedia menerima pandangan PAS agar remaja muslim diasingkan ketika i-Dance yang dianggap lebih kepada senaman kecergasan bukan budaya liar sepertimana yang disangkakan.

Pertemuan itu dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Setiausaha PAS Negeri, Fadzil Kemi, Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri, Jamil Abdul Rahman.

Exco Belia dan Sukan Negeri kemudiannya mencadangkan satu tarikh pada minggu depan bagi mencapai titik pertemuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

ISU PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Sejak dari mula, saya tidak bersetuju dengan dasar ini. Alasan yang keluar daripada 'mulut' mereka yang berkepentingan dalam perkara ini memanglah mengiyakan sahaja dasar yang secara jelasnya menidakkan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang menterjemah ilmu sains dan matematik untuk bangsanya sendiri.

Petikan daripada Harakahdaily (saya bukan pembangkang,untuk pengetahuan) :

Oleh Muhammad Faisal Abdul Aziz

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia.

Dalam membina bangsa yang berjaya dan berdaya saing perlu juga diambil kira relevansi dalam sesuatu tindakan. Penialian tersebut perlu dibuat dalam konteks yang meluas dan bersifat jangka panjang serta tidak sempit kepada matlamat yang terbatas dan hanya bersifat jangka pendek.

Masalah sebenar

Menurut Dato' Dr Hasan Ahmad dalam bukunya Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, orang Melayu yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu seharusnya memahami apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu.

Seperti contoh dalam menyelesaikan masalah kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada pihak yang mengaitkannya dengan sikap orang Melayu itu sendiri yang membenci bahasa Inggeris.

Maka dengan dasar yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam matapelajaran Sains dan Matematik, pelajar melayu mahu tidak mahu akan belajar bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris untuk lulus dalam peperiksaan.

Tetapi, hakikatnya, sebelum merdeka, sejarah telah membuktikan bahawa dasar seperti ini yang menyebabkan anak-anak Melayu tidak mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah rendah.

Beberapa siri peperiksaan diperkenalkan seperti Lower Certificate Education (LCE), Senior Cambridge (SC), dan sebagainya yang menggunakan aliran Inggeris sepenuhnya menyebabkan sebahagian besar pelajar melayu khususnya di luar bandar gagal.

Maka, ekoran itu, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tertutup dan akhirnya mereka terpaksa mencari pekerjaan.

Melihat kepada permasalahan tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk mengubah dasar pendidikan negara dengan memperkenalkan aliran Melayu di semua sekolah.

Setelah dasar pendidikan negara diubah dan dasar bahasa Kebangsaan diutamakan dalam sistem pendidikan, ratusan ribu pelajar Melayu memperoleh pendidikan yang lebih tinggi hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Maka, ramai dari graduan Melayu yang telah berjaya menjadi pakar dan memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing.

Tambah bebanan

Dalam pada itu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, sebenarnya kita telah menambahkan lagi bebanan kepada mereka yang belajar di luar bandar.

Inilah hakikat yang harus kita terima. Dengan suasana dan kehidupan masyarakat luar bandar yang kurang diberikan pendedahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan mata pelajaran yang sememangnya sukar untuk difahami seperti fizik dan kimia untuk diajar dalam bahasa Inggeris.

Adakah dengan meletakkan sasaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan berjaya menjadikan mereka saintis yang berjaya secara automatik seperti Albert Enstein?

Profesor Diraja Ungku Aziz pernah memberi reaksi yang agak bercanggah ketika dasar ini dibentangkan dengan menyatakan "sekiranya kita benar-benar ingin memajukan bangsa dalam bidang pendidikan, maka perlengkapkan dahulu kemudahan prasarananya".

Pandangan beliau ini berkait rapat dengan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Bahasa terpenting

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Dengan masalah kekurangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan pendedahan serta kefasihan dalam penggunaan bahasa Inggeris yang masih lemah, sudah tentu pelbagai kesukaran yang akan mereka hadapi untuk belajar matapelajaran-matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

Kesannya, tidak hairanlah mengapa berlaku terlalu banyak keciciran dalam pendidikan yang sebahagian besarnya melibatkan bangsa kita.

Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato' Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kenvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain.

Apabila ia melibatkan matapelajaran lain, ia menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu telah hilang wibawanya sebagai bahasa ilmu dalam masyarakat yang membawa kepada corak ketamadunan Melayu-Islam.

Persoalan yang perlu dijawab, adakah adil untuk kita menafikan autoriti bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan hanya disebabkan pelajar melayu lemah dalam perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan tatabahasa?

Emperor Puyi sewaktu perang dunia kedua telah bersubahat dengan Jepun untuk menyerang Manchuria dan setelah kemenangan dicapai, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Emperor. Sebelum beliau dinaikkan pangkat, beberapa perjanjian penting telah ditandatangani dalam menentukan polisi untuk membina negara Manchuko (Manchuria).

Dasar pertama dan yang paling besar dalam polisi negara Manchuko adalah pendidikan dalam negara tersebut perlu menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di semua peringkat.

Ini jelas menunjukkan akan kepentingan bahasa dalam bidang pendidikan kerana ia akan menentukan generasi bangsa Manchuko itu sendiri pada masa akan datang.

Jatuh bangun bangsa

Menurut teori Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menyatakan "yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya". Salah satu perkara yang yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah tersebut adalah bahasa yang menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa.

Lihat saja beberapa bangsa lain di negara Afrika yang telah hilang identiti bangsanya apabila bahasa penjajah seperti Perancis dan British telah diagungkan dan dijadikan bahasa terpenting dalam semua perkara termasuk pendidikan sehingga menenggelamkan bahasa ibunda mereka.

Apa yang perlu disedari adalah kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.. Profesor Dr James T. Collins menegaskan "wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya"

Bahasa sememangnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Dalam hipoteis yang dibuat oleh ahli sosiologi linguistik Sapir dan Whorf, bahasa sebenarnya menentukan budaya sesuatu masyarakat.

Seperti contoh bahasa Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan kemuliaan telah membentuk budaya Melayu itu sendiri yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif.

Sekiranya autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14, dan pada zaman-zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka.

Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman.

* Muhammad Faisal ialah Naib Presiden Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) _

HIDAYAH TUHAN


Sebelum


Selepas

Adakah ini terlalu 'out of date' ?

Rasanya tidak.

Apabila berbicara soal hidayah, ternyata ianya sesuatu yang cukup indah. Tak kiralah sama ada 'out of date' ataupun tidak.

Monday, December 01, 2008

KETUANAN MELAYU...???

Apa salah ke orang Melayu menjadi tuan di buminya sendiri ?

Tak relevan ?

Kenapa ?

Kononnya kita sama-sama Melayu, Cina dan India membangun negara ?

Hah, itu petanda awal,

Lepas itu, mulalah dia cadangkan agar jawatan Perdana Menteri juga diberi kepada orang Cina atau India.

Kononnya, kita sama-sama membangun negara.

Weii...dahulu Malaysia ini namanya Tanah Melayu. Jadi pemimpinnya mesti Melayu. Kami ada raja. Majlis Raja-raja yang melantik Perdana Menteri.

Buta sejarah ke ?

Kita memang sama-sama membangun negara.

Tapi ini Tanah Melayu.

Orang Melayu lahirnya di sini.

Orang Melayu mesti jadi tuan di buminya sendiri.

Itupun, orang Melayu mesti muhasabah, jangan leka dengan hiburan yang melalaikan. Orang sudah mempermainkan kita. Kau orang masih sibuk hal artis nak buat gimik helikopter.

Thursday, November 27, 2008

DI SISI RINDA

“Manusia patutnya begitu.” Kapten Dawson pernah berkata kepadanya pada ketika santai begitu. “Bangsamu patutnya begitu,” sambungnya.

Saya masih tidak dapat melupakan Rinda, Nen dan Jumari Jipan. Watak yang terhidang di dalam cerpen ini sememangnya menggugah rasa sayu. Perasaan serba salah, kecewa, marah dan takjub bercampur-baur di dalam satu cerita.

Di Sisi Rinda merupakan sebuah cerpen garapan Dato’ A. Samad Said. Ianya termuat di dalam antologi Kerusi yang merupakan bacaan wajib bagi pelajar tingkatan 5 melalui subjek komsas. Pada hemat saya, pelajar seharusnya tidak meninggalkan antologi selepas anda menamatkan pengajian peringkat menengah anda. Bahkan, ianya perlu diulang baca untuk menghayati isinya. Ada beberapa cerpen lain yang juga menarik untuk dibaca berulang kali. Tapi…saya tetap terkenangkan…

“Nen tak ada sapa-sapa. Nen sorang. Nen…”
“Nen tak boleh tinggal di sini,” katanya, cuba menasihati, meneliti mata belolok anak itu dan mata Rinda yang terlelap-lelap manja. “Sini bahaya. Sini…sini Jepun akan bom.”

“Kata Nen, Nen tak ada sapa-sapa. Nen sorang…”
“Ya, Tuk Juma tahu…”
“Nen tak mahu tinggal di rumah lagi. Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada…datuk tak ada!” jelas anak itu, hampir meraung.

“Nen ada Tuk Juma, Nen ada Rinda,” kata Jumari Jipan.
“Nen Cuma ada Tuk Juma. Nen nak ikut Tuk Juma. Kita…kita ikut Tuk Juma, ya Rinda?”

Dialog yang menyedihkan. Bahkan cukup terkesan di hati saya. Nyata A. Samad Said berjaya menghadirkan ‘rasa’ dalam cerpennya yang satu ini. Rasa itu hanya dapat dirasai oleh orang yang mahu memahaminya dengan hati yang luhur. Pun begitu, saya tetap percaya sesetengah dialog yang wujud di dalam cerpen ini mengundang beberapa misteri.

“Semalam Nen mimpi lagi,” kata Deliah sesudah mereka bersepi beberapa ketika.

“Mimpi? Mimpi apa?” tanya Jumari Jipan mula mengesani ada sesuatu yang sedang menyentuh anak itu.

“Mimpi keris Tuk Ripin yang hilang itu. Keris…keris itu sakti, kan ?”

Jumari Jipan memandang saja mata belolok anak itu, tanpa menjawab.

“Keris itu sakti kan ? Kan ?”

Keris sakti. Keris sakti yang hilang itu mengundang misteri untuk cerpen ini. Keris sakti ? Mengapa ditonjolkan magis seperti itu di dalam cerpen zaman perang seperti ini ? Ya. Kerana orang Melayu, lazimnya, masih mempercayai kesaktian pada keris sejak sekian lama. Terutamanya di zaman perang. Zaman perang menuntut jiwa ‘survival’ yang amat tinggi. Justeru, elemen magis seperti inilah yang sedikit sebanyak membantu orang Melayu untuk bangkit menentang peperangan.

“Keris ya?” tanya Deliah, matanya bersinar ghairah.

Jumari Jipan tersenyum, mengangguk-angguk, lalu menunjukkannya kepada Deliah. “Ya, Keris,” katanya.

“Keris….keris pusaka ?” tanya Deliah, tergamam seolah-olah keris itulah yang dimimpikannya dulu.

Jumari Jipan juga seperti terperanjat, mengerutkan dahi. “Emm…ba…mmmm…tidak,” katanya teragak-agak.

Rinda terlepas. Kucing itu memandang mereka berdua sebelum duduk memerhatikan sekeliling. Kumbang di sisinya mengejutkan kepalanya ke sana ke mari.

Ada sebabnya Jumari Jipan tersentak. Kawasan itu memang kuat mitosnya selain tempatnya mengalahkan empat teman pendekar dan tepatnya terlepaskan Fisah. Ada mitos lain yang tersendiri – ada yang pernah berjumpa kera bercakap di situ; malah ada yang terserempak dengan Hang Lekiu. Paling baru ada pula yang dikatakan menemui Hang Kasturi di situ, sementara ada yang berhujah mengatakan yang ditemui itu ialah Hang Jebat. Kisah itu semakin agak berbaur dan semakin kacau apabila ada yang memberitahu bahawa orang yang menemui Hang Lekiu atau Hang Jebat itu sebenarnya seorang kaki tuak.

Tentunya, bahagian yang paling mendebarkan apabila mereka dikejar tentera Jepun yang kebetulan ternampakkan mereka yang berada berhampiran dengan mereka. Di sini, klimaks hampir menuju peleraian. Peleraian yang misteri juga, rasanya.

“Rinda selamat. Tuk Juma, Rinda selamat !” teriak Deliah tanpa menoleh.

“Tuah keris, tuah kita, Tuk Juma,” sambungnya mencungap keriaan.

Orang tua yang sedang berlari di belakangnya tersedar, lalu meraba-raba semula keris di pinggangnya, Keris itu tiada lagi di situ. Sekilat itu juga Jumari Jipan terasa gementar teringatkan mimpi anehnya dua malam lalu. Keris itu kononnya ditemui sama sehari dengan peristiwa Hang Mahmud anak beranak meninggalkan Sungai Duyong menuju ke Bentan. Jumari Jipan agak terkejut khuatir sejenak, tetapi memutuskan tidak akan memberitahu Deliah tentang perkara itu. Dia semakin termengah-mengah sesudah berada di atas dek bot yang terlindung itu. Jumari Jipan percaya Deliah sendiri lebih tahu bahawa keris itu kadang-kadang wujud, kadang-kadang ghaib, bergantung kepada sesuatu keadaan. Dan kini keris itu sudah ghaib…

Pengakhiran seperti ini sememangnya mengundang pelbagai pertanyaan. Pertanyaan demi pertanyaan itu membuatkan cerpen seperti ini semakin dihormati oleh khalayak tertentu yang menekuninya. Saya juga tidak mahu terkecuali menekuninya sesungguh hati.

Monday, November 17, 2008

MASA

"Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...."

Manusia itu rupa-rupanya sentiasa berada di dalam kerugian.

Sunday, November 16, 2008

KEWAJIPAN

Kenapa ramai orang membenci kewajipan ?

Solat itu wajib.
Tapi, ramai orang benci solat.

Puasa itu wajib.
Tapi, ramai tak mahu puasa.

Zakat itu wajib.
Tapi, ramai orang kaya yang tidak menunaikan zakat.

Jujur itu wajib.
Tapi, ramai orang suka menipu.

Memelihara aib itu wajib.
Ramai orang mendedahkan aib orang lain.

Menutup aurat itu wajib.
Tapi, ramai pulak yang senang-senang mempamerkannya.

Mematuhi al-Quran dan hadis itu wajib.
Tapi, ramai yang mengingkarinya.

Apahal...?

Wednesday, October 15, 2008

HINDRAF...

KUALA LUMPUR 15 Okt. — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum. - Bernama

Friday, October 03, 2008

LEBARAN INI

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, saya dapat menyambut Aidilfitri pada tahun 2008 ini. Setelah sebulan berpuasa, kini saat meraikan kemenangan telah tiba. Seperti selalunya, saya sedaya upaya untuk mengingatkan diri saya agar tidak terlalu leka dan lalai dengan keseronokan. Sebaliknya, berusaha untuk memanfaatkan Syawal ini agar menjadi penghubung kepada ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa amatlah penting untuk setiap insan. Justeru, bermaaf-maafan, mengeratkan ikatan silaturrahim, dan banyak lagi dapat menenangkan jiwa. Insya Allah, Syawal kali ini dapat memberi saya banyak pengajaran dan kenangan manis. Siapa tahu mungkin inilah Syawal saya yang terakhir. Segala-galanya atas kekuasaan Allah jua.

Saturday, September 27, 2008

REMAJA DAN RAMADHAN

Ayu berasa sangat gembira. Tinggal hanya tiga empat hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran, bermakna hanya tiga hari lagi untuk berpuasa. Setelah menahan lapar dahaga pada bulan Ramadan, tiba masanya dia sibuk membuat persiapan untuk hari raya pula.

Berlainan pula dengan Tina. Dia berasa sedih kerana bulan Ramadan yang penuh barakah ini akan berlalu pergi. Terasa banyak lagi ibadah dan amalan yang belum ditunaikannya. Malah, Tina berasa sedih mengenangkan sama ada dia akan bertemu Ramadan yang akan datang atau tidak.

Penghujung Ramadan yang dinanti?
Tirai 10 hari terakhir Ramadan yang sedang dilabuhkan telah dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima kepada mereka yang menghidupkannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Inilah bulan yang pada awalnya kita sebarkan kasih sayang (rahmah), pada pertengahannya keampunan (maghfirah) dan pada akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.”

Bagi sesetengah remaja, penghujung Ramadan memang dinanti-nantikan. Ternyata dua perkara sering bermain di fikiran seseorang, sama ada gembira dengan akhir Ramadan kerana Syawal bakal menjelma, ataupun ternanti-nanti akan ganjaran beribadat pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini.

Hari-hari terakhir Ramadan diisi dengan melipat gandakan ibadat dan amalan. Amalan beriktikaf, menunaikan solat tahajud, berzikir dan bertadarus dilakukan dengan penuh khusyuk pada setiap malam dengan penuh pengharapan untuk bertemu dengan malam al-Qadar.

Malah seluruh keluarga turut dibangunkan untuk meningkatkan amalan di hari-hari terakhir Ramadan. Malam al-Qadar telah disebutkan dalam al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. (al-Qadar:1-5)

Namun bagi kita, apa pun harinya, yang penting pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan iaitu mereka yang selalu mengharapkan keredaan Ilahi dan menghiasi setiap detik kehidupannya dengan amalan soleh. Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Bagi remaja hari ini, sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli-belah. Kebanjiran iklan dan promosi hari raya di televisyen dan radio kadangkala menggamit perhatian remaja daripada merebut kelebihan yang lebih bermakna pada 10 malam terakhir ini.

Lebih mendukacitakan sekiranya di kalangan remaja ada yang tidak segan silu melakukan semula perkara- perkara yang tidak baik, seolah-olah bulan bulan puasa sahaja yang ditegah melakukan perkara yang tidak baik.

Oleh itu, remaja seharusnya merenung kembali segala amalan dan ibadat yang dilakukan pada bulan ini, sama ada ia berupaya meningkatkan diri menjadi orang yang lebih bertakwa atau tidak.

Muhasabah Ramadan
Terlalu banyak kelebihan Ramadan yang boleh remaja insafi. Sifat bersedekah, memberi serta menginsafi akan keperitan orang lain akan sentiasa menjadi tema Ramadan.

Justeru, semangat Ramadan seharusnya mendorong remaja supaya berfikir ke arah perubahan diri yang fitrah.

Pada bulan ini, Allah melimpahkan kasih sayangnya pada kaum Mukmin. Allah mengajar kita akan erti lapar dan dahaga supaya menginsafi penderitaan golongan fakir dan tumbuh rasa sayang pada mereka yang sentiasa bersahabat dengan lapar dahaga.

Pada bulan ini jugalah, sifat keinsafan dan kasih sayang sesama manusia dizahirkan dengan perbuatan sedekah dan zakat fitrah. Membantu meringankan beban dan kesusahan orang yang memerlukan menjadikan seseorang itu bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.

Bayangkan juga kegembiraan orang yang dibantu. Di kala dalam kesusahan dan keperitan, masih terdapat lagi golongan yang mengambil berat akan kebajikan mereka.

Allah telah mendidik hati dan nafsu untuk mengunci diri daripada melakukan perbuatan dan amalan yang tidak baik. Manusia secara tidak langsung dididik menjadi komited dan amanah terhadap tanggungjawab.

Apakah yang mendorong manusia untuk menahan lapar dan tidak curi-curi makan atau tidak melakukan perbuatan yang tidak baik pada bulan Ramadan? Tentulah kerana dalam fitrah remaja itu sendiri mempunyai asas iman, memegang amanah dan mempunyai ketakwaan kepada Allah.

Jika asas-asas fitrah ini tiada, bayangkan betapa banyak kerosakan yang boleh dilakukan dalam segi yang lain. Jika ini diterjemahkan dalam kehidupan seorang remaja, tentulah ia akan melahirkan generasi yang rosak akhlak serta tidak beramanah.

Kualiti manusia bukan sahaja diukur daripada ketinggian ilmu pengetahuannya serta darjatnya semata-mata, tetapi sejauh mana keikhlasan terhadap amanah yang diberikan kepadanya serta ketakwaan kepada Allah. Maka inilah yang dikatakan mencapai matlamat puasa yang sebenarnya, iaitu meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Oleh itu, bermuhasabahlah kita seusai Ramadan. Kita bakal selesaikan 30 hari yang penuh dengan ibadat dan kesucian. Kita akan tinggalkan bulan yang bukan sahaja dipenuhi ibadah kepada Allah, tetapi juga bulan ketika kita menaburkan kasih sayang sesama hamba Allah yang lain.

Semangat Ramadan harus mampu membina azam dan tekad yang tinggi dalam remaja Islam untuk kembali kepada fitrah diri iaitu kembali kepada kehidupan yang baik dan sempurna dalam lingkungan adab dan syarak.

Saturday, September 20, 2008

SUBUH INI...

Subuh ini nyata mengujakan. 10 malam terakhir akhirnya tiba juga. 10 malam yang dinanti-nantikan. Malam yang berkuasa muncul di celahan hari-hari terkahir ini. Justeru, mereka yang amat mendambakan kasih Tuhan akan berasa sungguh seronok untuk meningkatkan amal ibadah mereka pada waktu ini.

"Salaamun Hiyahatta matla'il fajr."

*foto sekadar hiasan.

Thursday, September 18, 2008

SAHUR DAN SOLAT TAHAJUD

PUASA menyebabkan kita sentiasa prihatin dengan waktu terutamanya ketika berbuka dan bersahur. Antara hikmah yang tersembunyi di sebalik bersahur ialah untuk bangun berqiamullail dan membaca al-Quran sebagaimana yang dilakukan salaf al-Salih.

Ruangan pada kali ini akan mengemukakan berkenaan solat tahajud atau qiamullail.

Solat tahajud

Qiamullail ialah solat malam yang dinamakan tahajud jika dilakukan selepas tidur. Ini kerana perkataan tahajud bererti meninggalkan tidur.

Qiamullail adalah solat sunat yang tidak ditentukan bilangan rakaatnya dan dilakukan selepas terjaga daripada tidur sebelum azan subuh.

Hukum solat tahajud

Semua ulama sepakat menetapkan solat qiamullail atau tahajud hukumnya sunat muakkad. Walaupun begitu para ulama dan golongan soleh menitikberatkan dan tidak meninggalkannya kerena kelebihan dan fadilatnya teramat banyak.

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)

Fadilat solat tahajud

Terdapat banyak dalil dan nas di mana Islam menggalakkan umatnya melakukan ibadat qiamullail. Ibadat ini sepatutnya menjadi amalan setiap individu Muslim apatah lagi jika beliau merupakan seorang ulama atau daie (pendakwah). Antara dalilnya ialah:

* Firman Allah SWT dalam Surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud: ...dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

Para ulama mengatakan pengertian ibadah sunat (tambahan) pada ayat, ada dua pengertian:

Pertama : Bahawa ini hanya diperuntukkan dan diwajibkan kepada Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dengan sanad daif dia berkata: Abdullah bin Abbas berkata: "Qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah SAW, sementara bagi kita itu hanya berupa ibadah sunat".

Qiamullail atau tahajud

Jadi, makna nafilah ialah solat tahajud iaitu tambahan kewajipan bagi solat lima waktu khususnya pada diri Rasulullah SAW. Oleh itu, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan qiamullail sama ada dalam keadaan bermukim di Madinah mahupun ketika musafir, hingga baginda wafat.

Kedua : Nafilah bererti tambahan kebaikan bagi diri Rasulullah SAW. Sedangkan selain baginda, qiamullail itu bukan berupa tambahan kebaikan. Sebaliknya qiamullail bagi kita (selain Rasulullah SAW) adalah penebus dosa kejahatan-kejahatan kita.

Ini kerana kita terdiri daripada jiwa yang berdosa dan banyak melakukan kesalahan, kejahatan dan kemaksiatan. Sedangkan Rasulullah SAW semua dosa dan kesalahannya, sama ada yang dahulu mahupun yang akan datang telah diampunkan oleh Allah SWT.

Maka qiamullail hanyalah berupa tambahan kebaikan sahaja baginya, sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Fath ayat 2 yang bermaksud: kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada-Mu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzammil ayat 1-3 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.

Antara cara untuk memudahkan bangun di waktu malam adalah:

Ibn Qudamah menyebut dalam kitabnya Mukhtasar Minhaj al-Qasidin: Ketahuilah qiamullail amat sukar untuk dilaksanakan kecuali siapa yang diberi taufik dengan syarat-syarat yang memudahkannya. Terdapat dua syarat iaitu zahir dan batin.

Antara sebab-sebab zahir:

* Tidak makan terlalu banyak. Justeru mereka berkata: "Hai golongan sufi, jangan makan banyak, nescaya kamu minum banyak, kamu tidur banyak dan sesal banyak".

* Jangan berpenat pada siang hari dengan kerja-kerja yang membebankan.

* Jangan meninggalkan tidur qailullah (tidur sekejap) pada siang hari kerana ia menolong untuk bangkit pada malam hari.

Antara sebab-sebab batin pula ialah:

* Menjauhkan dosa. Dengan sebab itu al-Thauri berkata: "Aku dihalang untuk qiamullail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan".

* Selamatkan hati daripada prasangka dan perasaan tidak baik kepada orang Islam.

* Menjauhkan diri daripada amalan bidaah.

* Berpaling daripada lebihan dunia.

* Mengetahui kelebihan qiamullail.

Semoga kita menjadi ahli tahajud dan ahli Quran yang melayakkan kita untuk menghuni syurganya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, September 17, 2008

LAILATUL QADAR

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai dengan seribu bulan


Itulah dia malam al-Qadar
Hadiah pada hamba-Nya yang bertakwa.


Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir
Berdoa kita mencari keredhaan-Nya
Hidupkan malam
Beribadah dan iktikaf
Berdoa bertasbih dan mohon keampunan


"Malam apakah ini
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba"


Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar
Akan diampun dosa-dosanya yang silam...

IMPIAN SEORANG NELAYAN


Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya

Mega mendung
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil
Beratap rumbia
Seorang ibu memandang
Hari muka
Sambil ia menyusukan
Bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau engkau tak mengerti
Bila kau dewasa
Dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan...


*Buat para nelayan yang menyabung nyawa di laut, selamat hari raya. Mudah-mudahan penat lelah anda sekalian dibalas dengan ganjaran pahala dan kebaikan.

Monday, September 15, 2008

RAMADHAN

Ramadhan...bulan yang dinanti-nantikan oleh manusia yang beriman. Bulan yang amat dirindui dan dikasihi. satu-satunya bulan yang termaktub di dalam al-Quran. Duhai, saya juga amat menyayangi Ramadhan. Sesungguhnya, bulan ini amat sesuai untuk melatih nafsu saya yang sentiasa membawa saya ke arah kejahatan. Kemuliaan Ramadhan membuatkan saya menjadi segan dan malu untuk menurut hawa nafsu saya ini. Lantaran itu, saya menggagahkan diri saya untuk melawan hawa nafsu saya, terutamanya nafsu makan.

Ya, nafsu makan sememangnya merosakkan. Bahkan nabi dahulunya pernah berpesan supaya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pesan ini pendek sahaja, namun kesan jangka panjangnya amat ketara. Mereka yang menuruti nasihat ini akan sentiasa berasa di dalam keadaan sihat dan bertenaga. Badannya cergas dan fikirannya sihat. Jiwanya tenang dan hatinya bahagia.

Mengapa kita berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada azab neraka sebelum makan ? Kerana makan juga boleh membuatkan kita malas beribadah. Perut yang terlalu kenyang akan membuatkan tubuh kita terasa berat dan letih. Justeru, solat wajib pun akan ditinggalkan begitu sahaja.

Lalu, apa kaitannya dengan Ramadhan yang mulia ini ?

Ramadhan melatih kita supaya bersederhana, terutamanya makan dan minum. Kita tidak diajar untuk makan semahu-mahunya apabila berbuka dan bersahur. Bahkan kita disuruh bersederhana apabila makan dan minum. Pertama untuk kesihatan badan dan kedua untuk elakkan pembaziran. Rasa tidak cukup apabila makan memang sentiasa hadir dalam diri kita. Namun, itu semua hanyalah nafsu semata-mata. Nafsu memang akan membawa kita kepada kejahatan dan kelalaian.

Sememangnya, saya akui suruhan ini. Apabila saya makan tidak terlalu banyak, badan saya terasa ringan dan senang untuk bangun solat. Bahkan dada saya terasa lapang dan tenteram, sungguhpun beban kerja banyak sekali. Inilah hikmah Ramadhan.

Sesungguhnya, banyak lagi hikmah Ramadhan. Hanya mereka yang sabar sahaja dapat menemukannya satu demi satu.

Wallahua'lam.

Friday, September 12, 2008

YANG DITOLAK DAN YANG TERTOLAK

"Tak boleh ni, reject...!!!"

"Buat semula...!"

Hati aku jadi panas.

Sabar wei...bulan puasa adalah bulan melatih kesabaran.

Tuesday, August 26, 2008

HA HA HA HA !!!

PERMATANG PAUH 25 Ogos – Majlis solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam semalam turut bergema dengan doa meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”
Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW melarang umatnya berdoa seperti yang dilaungkan di Masjid Bandar Perda itu.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berceramah di masjid itu.
Bagaimanapun beliau hanya tiba selepas waktu Isya dan tidak menyertai majlis doa munajat itu.
Ramai ahli Pas dari luar kawasan turut hadir di Masjid Bandar Baru Perda dan mereka melaungkan takbir bertalu-talu.

Majlis solat munajat Pakatan Rakyat turut diadakan di beberapa masjid lain sejak Jumaat lalu.
Pada masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menganjurkan solat munajat di Masjid Jalan Baru, Seberang Jaya pada 23 Ogos diikuti di Masjid Mengkuang Titi semalam.

Menurut risalah PPIM yang diedarkan di masjid-masjid di Permatang Pauh, solat munajat adalah cara terbaik untuk mencari kebenaran tanpa mendoakan kemusnahan sesama Islam.
PPIM menekankan, jelas kini kemelut yang berlaku semakin menghimpit dan menimbulkan banyak tanda tanya selain tuduh menuduh dan kutuk mengutuk yang melibatkan seluruh masyarakat negara ini.

‘‘Lantaran itulah persatuan (PPIM) ingin mengambil langkah proaktif demi memelihara ukhuwah sesama umat Islam,” kata risalah itu.

Daripada kau orang semua berdoa macam tu, kenapa tak berdoa minta petunjuk daripada Tuhan supaya ditunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah, dan diberikan hidayah agar orang yang salah itu bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, itu lebih baik bukan ?

Monday, August 25, 2008

MACAM MAIN-MAIN

PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Kejap itu, kejap ini. Yang mana satu betul ni ?

Celaka betul...

Friday, August 22, 2008

SEKADAR LUAHAN

Sengaja saya meletak foto beliau di sini. Dialah guru saya bidang penulisan. Sungguhpun saya langsung tidak pernah menyertai bengkel penulisan di bawah kelolaan beliau, saya amat menghormatinya.

Oh, saya bukanlah seorang pengarang. Saya hanyalah seorang anak muda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Pun begitu, saya bermula dengan menulis hal-hal yang berlaku sekitar diri saya. Untuk menulis hal-hal besar, perlu biasa dengan hal-hal kecil dahulu.

Lalu, apakah medium atau platform yang sesuai untuk menulis ini ? Blog. Ya, blog.

Melalui blog, saya boleh melatih diri untuk menulis. Seperti yang telah dinyatakan, saya bermula dengan menulis hal-hal kecil. Itu lebih baik daripada saya tidak memulakan langsung.

Apabila isu seorang penulis blog memfitnah pemimpin kedengaran sehingga mencetuskan kekecohan, nyata penulis blog juga mempunyai pengaruhnya tersendiri. Umpama wartawan, penulis blog juga memerhati, mencari, membuat spekulasi dan sebagainya untuk menulis sebuah entri. Namun, setiap penulis harus bertanggungjawab terhadap penulisannya. Ini etika yang perlu dipegang.

Sunday, June 22, 2008

NAIK TARAF

KULAI 21 Jun - Daerah Kecil Kulai kini dinaik taraf menjadi daerah penuh dan serentak itu ia diberi nama baru iaitu Kulaijaya.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Johor, Sultanah Zanariah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan isteri, Raja Zarith Sofiah serta Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof dan Pegawai Daerah Kulaijaya, Elias Hasran.

Dengan penaiktarafan daerah kecil Kulai kepada daerah penuh, Johor kini mempunyai 10 daerah.

Sultan Iskandar dalam titah baginda menyifatkan penaiktarafan daerah kecil itu kepada daerah penuh merupakan satu sejarah baru bagi negeri ini.

Sementara itu, Menteri Besar dalam ucapannya memberitahu, penubuhan daerah penuh itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di kawasan berkenaan.

"Kerajaan Persekutuan pada 1 Ogos 2007 telah bersetuju dengan cadangan menaik taraf tersebut dan Daerah Kecil Kulai ini telah ditadbir sebagai sebuah pentadbiran daerah penuh mulai 1 Januari tahun ini," katanya.

Menurutnya, ekoran itu persempadanan semula dilakukan antara Kulaijaya dan Daerah Johor Bahru dengan sebahagian besar kawasan yang sebelum ini di bawah Daerah Johor Bahru dimasukkan ke dalam Daerah Kulaijaya.

Beliau berkata, Kulaijaya yang berkeluasan 75,345 hektar mempunyai lebih 192,000 orang penduduk meliputi empat mukim iaitu Mukim Senai, Kulai, Bukit Batu dan Sedenak yang merangkumi 14 buah kampung induk, 14 kampung rangkaian, 11 kampung baru dan empat rancangan Felda.

Abdul Ghani berkata, sebagai sebuah daerah yang terletak di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia, Kulaijaya kini pesat membangun sebagai pusat perdagangan, perusahaan, pengangkutan dan perniagaan serta dijana oleh tiga kaedah pengangkutan utama iaitu udara, jalan raya dan kereta api yang diterajui perkembangan pesat Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Senai.

"Kepesatan pembangunan di daerah ini dapat dilihat daripada pelaburan lebih RM2 bilion yang diterima sepanjang tahun 2007 dan sehingga kini," katanya.

Monday, June 16, 2008

PEJABAT POS - DESTINASI TUMPUAN SEMASA

Hmm...mak aku suruh aku barukan lesen memandu dia yang akan tamat tak lama lagi. Hah...,malasnya aku. Sebab aku tau, pejabat pos mesti sesak punya. Aku malas nak menunggu. Tapi, mak aku paksa jugak, terpaksalah aku pergi.

Pergi pukul 2 petang. Orang masih ramai. Sampai ke luar pejabat pos orang menunggu giliran. Aku masuk, picit butang kat mesin nombor tu, keluar nombor yang amat banyak sekali, 1800. Mak kau, berapa lama nak tunggu ? Aku tengok kat skrin tu, baru sampai 1500. Huh...

Tapi, aku tunggu jugak.

Sempat aku berbual-bual dengan abang yang jugak hendak menuntut 'haknya' itu. Tiba-tiba, dia dapat idea nak 'potong baris'. Macam mana ? Dia cari nombor-nombor yang bersepah kat lantai. Manalah tau, ada nombor yang masih belum dipanggil. Heh, nasib dia baik. Dapat nombor 1630.

Alamak...ruginya. Kenapa aku tak cari tadi. Tapi, nasib aku pun baik jugak. Aku terserempak dengan cikgu aku. Dia pun bagi nombor lebih kat aku. Nombor 1692. Dia pulak dapat 1649, ada pakcik beri. Hahaha...dapat jugak 'potong baris'. Nombor 1800 tu aku beri kat apek tua yang dah terlambat nak ambil nombor sebab dah sampai 'limit' untuk hari ni.

Selesai urusan aku dengan pejabat pos, aku pun menapak balik. Hm...orang Malaysia masih sudi bertolak ansur dengan kerajaan walaupun jelas ianya membebankan.

Buat masa terdekat ini, pejabat pos memang menjadi destinasi tumpuan.

KALKULATOR

Usin tengah menduduki peperiksaan Ekonomi STPM. Berkerut-kerut dahi dia mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan di kertas soalan itu.

"Hi....geramnye aku....kenapa susah sangat soalannya ni ?"

Usin menekan-nekan kalkulatornya itu.

Tap
Tap
Tap
Tap
Tap
Tap

Usin tekan butang sama dengan (=), jawapannye :

SYNTAX ERROR

Warrrgghhhhh.....!!!!!!!!!!

Celaka. Beriya-iya aku mengira, salah rupanya.

Sunday, May 25, 2008

SEDERHANA

Saya baru sahaja pulang dari majlis perkahwinan abang sepupu saya yang bertuah ini. Beristerikan seorang guru. Alangkah beruntungnya ! Saya tiba di rumah pengantin jam 2.00 petang. Beberapa minit sahaja sebelum beliau bersanding. Semasa dalam perjalanan, saya membayangkan sebuah majlis yang mewah dan hebat. Dipenuhi dengan segala macam hiasan perkahwinan yang mengancam. Namun, bayangan saya meleset sama sekali.

Apa yang saya lihat hanyalah sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. Tidak terlalu mewah. Tetapi cukup membangkitkan rasa kesyukuran kerana meraikan hari yang bahagia. Sesungguhnya, saya setuju dengan pendekatan bersederhana begini. Ya, sebenarnya kita tidak perlu terlalu mewah dalam mengadakan majlis perkahwinan. Kebelakangan ini, saya perhatikan banyak pihak mengadakan majlis perkahwinan secara berlebih-lebihan. Dalam erti kata yang lain ialah membazir. Bagaimana ini ? Hendak meraikan hari yang bahagia tetapi dengan cara yang dibenci ALlah, iaitu membazir. Lalu di mana keberkatannya ? Sedangkan manusia yang membazir itu sahabat syaitan.

Satu contoh mudah. Artis kita cukup suka memberi hantaran yang terlalu mahal. Hingga 5 angka jumlahnya. Saya tertanya-tanya, untuk apa hantaran yang semahal itu ? Sedangkan dalam Islam, hantaran itu sewajarnya tidak terlalu membazir. Paling menarik, hantaran yang mahal, majlis yang mewah, pakaian perkahwinan yang mengancam, kemudian penyudahnya bercerai kerana salah sendiri. Kemudian menyalahkan jodoh yang kononnya sudah habis dan bermacam-macam alasan lagi.

Bukankah dalam Islam itu menyuruh kita bersederhana ? Bersederhana itu penawar. Itukan hakikat.

Kepada pasangan pengantin, saya doakan semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Kepada pihak keluaga yang mengadakan majlis perkahwinan, tahniah saya ucapkan kerana bersederhana. Bersederhana itu penawar. Majlis anda tetap meriah dan gembira walaupun sederhana.

Friday, May 23, 2008

ANTARA AQ DAN AF

"Eeh..., janganlah samakan AQ dengan AF. AQ itu rancangan agama. AF pula rancangan hiburan."

"Apakah hiburan mesti dipisahkan daripada agama ?"

Berhibur juga perlu dipandu oleh agama. Andai berhibur tanpa batasan syariat, hah, itu yang jadinya si lelaki mendukung perempuan semasa persembahan. Berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan jika salah seorang tersingkir. Macam nak pergi berjihad menangis sampai teresak-esak. Padahal cuma ditendang keluar daripada sebuah akademi yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan agama apatah lagi penyatuan ummah. Resminya hanya untuk berhibur sahaja. Kebetulan pula, pada tahun 2005, ada seorang 'pelajar' AF yang namanya Mawi itu agak 'mahir' ilmu agama. Boleh membaca al-Quran dengan berlagu, boleh berzanji, boleh membaca doa dan sebagainya. Namun, sekarang ini nampaknya Mawi macam dah tak peduli semua itu. Sibuk dengan bakal isterinya. Entahkan jadi entahkan tidak. Itulah produk 'berkualiti' AF. Musim keenam ini hanya menjadi bahan kutukan sahajalah. Saya sudah agak, rancangan yang entah membawa matlamat apa kepada bangsa, agama dan tanah air seperti ini tidak akan kekal menyengat seperti musim terdahulu. Letaklah si 'pengetua' yang ada Phd sekalipun, tidak akan menjadi.

Mari kita jenguk AQ pula. Semasa ia mula-mula disiarkan dahulu, sambutan tidak sehebat AF yang pertama. Yelah, rancangan seperti ini mana boleh terlonjak-lonjak, terjerit-jerit, berlagu pilu dan berpakaian seksi. Malah jurinya sendiri bukan sembarangan orang. Tak ada pulak undian SMS. Kepala otak nak bubuh undi SMS. Ini rancangan memperelokkan bacaan al-Quran, bukan nak cari selebriti. Ingat al-Quran itu apa ? Kitab suci, tau tak ? Dipelihara kesuciannya hingga hari kiamat. Lagipun, nak undi macam mana ? Undi pasal penampilan ? Undi pasal suara sedap ? Undi pasal tarannum bagus ? Undi pasal tajwid fasih ? Undi pasal qiraat tepat ? Undi pasal muka handsome ? Tak boleh semua tu. Lalu ditampilkan 3 orang juri yang akan mengadili 3 bahagian, iaitu tajwid dan fasohah, tarannum dan qiraat. Ketiga-tiganya ini bersangkut-paut antara satu sama lain. Hebat bertarannum, tapi tajwid hancur, rosaklah bacaan. Hebat tajwid, tarannum sengau, tak jadi jugak. Hebat tarannum dan tajwid, qiraat bersepah, tak boleh jugak. Kita sebagai penonton memang kurang arif pasal qiraat. Ada riwayat Susi, Khalaf, Qalun dan lain-lain. Nah, sekurang-kurangnya, dengan menonton rancangan seperti ini, banyak pengetahuan boleh ditimba. kalau menonton AF, entah dapat apa ? Menghabiskan duit mengundi mereka-mereka yang akhirnya tak ingat anda langsung. Menambahkan pengetahuan ? Pengetahuan apa ? Pitching ? Penampilan seksi dan mencolok mata ? Bagaimana nak tebal muka atas pentas bila menyanyi ? Panduan menangis bila kawan keluar AF ? Panduan nak hafal lirik yang sering terlupa ? Panduan nak tarik suara bila part tinggi ? Bolehkah semua itu diaplikasikan dalam pembacaan al-Quran ? Tidak boleh. Sebaliknya, mereka yang melatih suara untuk mengalun ayat-ayat suci ini seraya memperbaiki bacaan boleh sahaja menyanyi dengan suara yang cukup merdu. Namun, lebih baik digunakan nikmat suara itu untuk kebaikan hakiki. Bukan hiburan lagha.

Jurang antara AQ dan AF begitu ketara. Andai anda cuba memisahkan hiburan dengan agama, anda silap besar. Hiburan tidak dapat lari daripada panduan syariat. Ingat doktrin Innalillahi waiina ilaihiraaji'uun (Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali). Justeru, segala aspek kehidupan terikat dengan peraturan Allah s.w.t. Begitu juga dengan hiburan.

Tuesday, May 20, 2008

DI WAJAH LANGIT PAGI


Mulakan hari kita dengan rasa ketenangan.

MASALAH DISIPLIN


Hah, inilah contoh perempuan yang tidak menghormati dirinya sendiri. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t. Err..., lambang sekolah mana tu ye ?

SIGNBOARD


Sebab tu banyak jalan di Malaysia tidak dibaiki dengan baik. :-)

NAKAL-NAKAL SI MONYET


Kadangkala, haiwan juga boleh bergurau sesama dia.

ACCESS DENIED


Langkah terakhir untuk membuka 'password' komputer jika anda masih gagal membukanya setelah berulang kali mencuba. :-)

Friday, May 16, 2008

ADUH, MAK !!!


Lantaran kekecewaan yang melampau kerana pengadil yang tidak adil, maka pihak lawan menjadi mangsa. Hehehe...

SYYH... JANGAN CAKAP YANG BUKAN-BUKAN...

SELAMAT HARI GURU !!



AKU KINI RINDU
PADA SATU NAMA YANG BERJASA
TUHAN, BERI KEKUATAN
UNTUK MENDIDIKKU SELAMANYA

KU POHON
RESTU KASIH-MU
AMPUNKANLAH
GURU-GURUKU...


Buat para guru SMK Sultan Ibrahim Kulai, semoga kalian terus cemerlang dalam lapangan pendidikan.