Nuffnang

Saturday, May 29, 2010

DEMI TERTEGAKNYA AKHLAQUL KARIIMAH...

Mohon maaf jika saya asyik mengulang-ulang cerita yang sama. Namun, saya rasa tidak salah sekiranya hal yang baik itu dingat-ingat kembali, sebagai penyubur dalam jiwa.

Sebuah sekolah agama yang cuba berdiri teguh dengan 'tiang yang hampir roboh' amat meruntun jiwa untuk kembali bersyukur dengan apa yang ada. Dalam keterbatasan, mereka gagah dan kuat meneruskan perjuangan. Itulah guru-guru yang hebat. Semuanya atas dasar menyuburkan akhlaqul karimah pada jiwa-jiwa kudus yang hendak mengenal dunia.


Itu cerita lama. Namun begitu, cerita lama itu mengiyakan pula bahawa kerja-kerja menegakkan akhlaqul karimah tidak pernah berhenti sampai hari kiamat. Mereka yang ikhlas akan sentiasa berusaha untuk menyuburkan hal itu ke dalam jiwa manusia lain, terutamanya anak-anak, kerana anak-anak mudah dibentuk memandangkan mereka masih rebung yang belum menjadi buluh.

Oleh itu, semua ini akar umbinya apa ?

HATI yang bersih.

Aduhai, rupa-rupanya itu asas akhlaqul kariimah. Dan alhamdulillah, sekolah agama mempunyai silibus yang mampu membentuk akhlak mulia. Dan hal ini juga diguna pakai sekarang di sekolah-sekolah biasa. Pun begitu, segala-galanya bermula daripada didikan ibu dan bapa yang baik.
Bayangkan, pemimpin tanpa akhlak yang baik hanya akan merosakkan negara dan juga rakyatnya. 

Wallahua'lam...

P/s: Dengar baik-baik apa pesanan yang terkandung di dalam kedua-dua video klip tersebut. Saya bukan suka-suka meletaknya di situ...

2 comments:

Dyat said...

salam akmal.
sang pemimpi tak ada link ke?
aduh kempunan ni...

AKMAL_ALIF said...

alaikumussalam...
waa...selamat pulang, bang ...:-)

hmm...setakat ni cari-cari memang tak ada lagi...kena tunggu dia keluarkan DVD agaknye barulah ade yg upload ke internet...