Nuffnang

Saturday, May 08, 2010

...PENDIDIKAN AGAMA DAN BUDI PEKERTI BUKAN SEKADAR PELENGKAP KURIKULUM...


Susuk tubuh Pak Harfan tidak akan saya lupakan. Sampai bila-bila. Meski bukan dari daerah kehidupan saya, namun sebagai saudara seagama, tentunya Pak Harfan juga memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita sebagai penuntut ilmu.

Makanya, memang saya kecewa kalau selama ini ada yang menganggap yang pendidikan agama itu sebagai pelengkap, sedangkan autoritinya sangat besar yang ia boleh sahaja mengubah pandangan hidup sesebuah bangsa.

Lihatlah bagaimana pendidikan agama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w kepada bangsa Arab telah mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang disegani dan digeruni bangsa-bangsa lain di dunia.

Itu cerita lama. Sewajarnya menjadi iktibar. Pendidikan agamalah yang harus kita utamakan, kemudian barulah dituruti dengan pendidikan fardhu kifayah yang lain pula. Mengapa begitu ? Kerana ramai manusia yang rosak kerana menyalahgunakan ilmu fardhu kifayah dek kerana tidak ada ilmu agama yang menjadi pedomannya.


 Pak Harfan cuba membuatkan saya kembali mencari jatidiri orang Melayu yang bertunjangkan agama dalam segenap segi kehidupan.

Apa yang Pak Harfan ajarkan adalah benar. Segala-galanya bermula daripada anak-anak. Dari kecil kita perlu suburkan mereka dengan didikan agama. Jika tidak, mereka akan menghadapi kekeliruan jatidiri apabila besar kelak.

Apa yang penting, asasnya di sini:

"Sekolah ini (SM Muhammadiyah) adalah sekolah di mana pendidikan agama dan pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai dan dengan angka-angka itu. Tetapi dengan hati..."

Inilah tonggaknya. Kecerdasan hati.
Adakah kita mengambil berat tentang hal ini ?

P/s: Ada rakan-rakan saya dahulu sanggup ponteng malah berhenti sekolah agama kerana hendak berzapin dan bermain bola sepak. Malah ada juga yang sanggup tidak ambil peperiksaan kerana sibuk hendak berzapin. Jangan salahkan zapin dan bola sepak, salahkan mereka kerana tidak mengambil berat pendidikan agama. Sekolah agama hanya dianggap 'optional', boleh pergi kalau nak dan boleh berhenti sesuka hati kalau malas.

1 comment:

musafir kehidupan said...

Salam.Terima kasih untuk perkongsian ini...Dalam filem ini juga ada menyentuh mengenai keutamaan MEMBERI...